JOM BELAJAR HADITH NABI SAW

SAYA MENJEMPUT MUSLIMIN/MUSLIMAT UNTUK MENGHADIRI KULIAH SOHIH AL-BUKHARI SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT

HARI: SELASA

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT: SURAU AL-NUR, INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU

KEHADIRAN: SEMUA DIJEMPUT HADIR

*KULIAH INI TELAH BERMULA PADA 6 APRIL 2010/23 RABIUL AKHIR

* Jemput ke web Saifulislam untuk membaca artikel  menarik bertajuk: Kelahiran di sebalik kematian

 

Alhamdulillah dengan izin Allah swt saya telah memulakan pengajian hadith sohih al-Bukhariyy di surau al-Nur, IP Gaya…Saya memilih untuk membaca kitab al-Janaiz(Jenazah) dari kitab sohih al-Bukhariyy… Mengapa kitab al-Janaiz yang menjadi permulaan? Kitab al-Janaiz menjadi pilihan  kerana beberapa sebab:

(a)Kitab ini bukan sahaja mengandungi hadith-hadith hukum berkaitan jenazah tetapi mengandungi hadith-hadith yang berkaitan zikrul maut(mengingati kematian). Contohnya Imam al-Bukhari memulakan kitab jenazah dengan bab “ Sesiapa yang mengakhiri kehidupannya dengan  لا إله إلا الله

Kitab al-Jinazah oleh imam al-Bukhari antara penulisan awal yang mengumpulkan hadith-hadith berkaitan zikrul maut sebelum terhasilnya karya-karya lain berkaitan Zikrul Maut seperti kitab yang ditulis oleh Imam al-Qurtubiyy pengarang kitab tafsir terkenal al-Jami’ li Ahkam al-Quran, berjudul al-Tazkirah Fi Ahwal Mauta…kitab ini telah habis dibaca oleh tuan Guru Nik Aziz puluhan tahun yang lalu…saya masih ingat semasa saya belajar di Kelantan pada tahun 1995, saya membeli beberapa kaset dan penyampaiannya sangat menarik dan menyentuh hati…ia dibaca oleh tuan guru sebelum beliau menjadi menteri besar lagi…kuliah tuan guru berkaitan kitab al-Qurtubiyy juga telah dibukukan dan saya telah membelinya pada masa itu…Dari segi metodologi dakwah tuan guru dalam setiap kuliahnya mengingati kamatian dan mengingat tentang hari akhirat tidak lekang dari kuliah beliau…

(b) Kitab ini mengingatkan kita tentang kematian…dan nabi saw menyebut: Orang yang bijak ialah orang yang merendahkan diri dan membuat persediaan selepas kematian…hadith-hadith dalam kitab ini mengingatkan kepada kita untuk membuat persiapan untuk menghadapi kematian…moga-moga Allah memasukkan kita  di kalangan mereka yang bijak kerana membuat persiapan menghadapi kematian…

(c) Diharap perbincangan berkaitan kitab al-Jinazah dapat melembutkan hati-hati kita yang selalu dipenuhi dengan titik hitam akibat dosa dan maksiat sekitar kita seperti dosa melihat perkara-perkara haram ketika melayari internet, dosa ketika menonton filem-filem dan drama di televisyen, dosa kerana melihat wanita-wanita yang mendedahkan aurat di sekitar kita dan dosa-dosa yang lain, moga hadith-hadith ini menjadi benteng kepada kita dari terjebak kepada dosa-dosa yang akhirnya akan mematikan hati…

Tinggalkan komen