MENARA KL – SKY DECK GLASS BOX

17 JULAI 2016 – MENAIKI MENARA KL

Satu hari minggu yang menakjubkan. Tiada perancangan sebenarnya. Kedua cucu-cucu balik ke rumah masing-masing. Jadi untuk mengisi kekosongan ketiadaan hilai tangis cucu-cucu dan buat pengubat rindu kami membuat keputusan untuk mencuba menaiki Glass Box di puncak Menara KL yang dikatakan mencabar.

160717Nk 07b Skybox Pose

Harga tiket untuk naik tidaklah mahal untuk pengalaman yang begitu unik. Kami mengambil pakej yang membolehkan naik ke aras Sky Deck yang terdapat 2 Sky Box diperbuat daripada kaca yang membolehkan kita melihat ke bawah melalui lantai kaca. Siapa yang kecut perut tengok dari luar sudah lah.

Pakej kami membolehkan kami turun ke Observation Deck. Masa tidak terhad. Kami boleh duduk sampai malam. Mungkin jika kami tahu, kami akan pergi waktu petang dan tunggu untuk melihat Sunset. Tak apalah… There’s alaways a next time.

 

UMMI POWER..

Memang gayat sakan. Ummi (panggilan buat isteri) lebih berani dari ku. Aku memijak dengan berhati-hati sebelum dapat sedikit confidence. Itu pun masih memijak pada tempat yang ada penyokong besi di bawah.

 

ACARA BERPASANGAN

Sapa nampak lebih gayat?? Yang buat-buat macho tu adalah…

 

YANG AYU

Kejap lagi dia nak lepaskan rambut ke bawah.. kahkahkah.. Repunzel.

 

SKY BOX NO.2 

Sky Box ini berlatar belakangkan KLCC dan lebih menarik.

 

Aksi tunjuk-tunjuk sikit…

 

Gambar oleh photographer Menara KL

 

OBSERVATION DECK

Tertarik dengan Tok Ayah tu yang ada di Observation Deck. Masa ke surau nak solat, jumpa dia lagi.

 

Pandangan menerusi Teleskop dan juga cermin dinding.

 

JELUTONG TREE

Selepas turun semula ke aras lantai, ambil peluang meninjau kawasan perkarangan dan terdapat satu pokok tua yang dipulihara; Pokok Jelutong.

Dan apa lagi kalau tidak makan. Restoran Moghul, cita rasa India Utara.

 

Heart Divider

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑