Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sekarang, jenazah sedang dimandikan dan dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke rumah arwah di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.
sementara itu sahabat aku, Ustaz Abdullah yang menziarahi arwah di hospital sebentar tadi sempat berkongsi pengalamannya ketika menatap wajah allahyarham
” Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.
Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.
Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.
“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”
Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.
Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-
“sahabat, selamat berehat”, “
bacalah selanjutnya di www.ustazamin.com
TERKINI
Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.
Dan sehingga pukul 11 malam tadi, blog aku mencatat sejarah apabila dikunjungi hampir 3,000 pelawat / visitors dalam tempoh hanya beberapa jam saja
semuanya mahu mendapatkan perkembangan terkini kematian allahyarham, terima kasih kepada Mstar.com.my yang membuat liputan menyeluruh dan sentiasa update mengenai berita pemergian Ustaz Asri dari hospital hinggalah di saat persemadiannya
ini menunjukkan arwah mempunyai ramai peminat dan disanjungi oleh rakan serta taulan, kehilangannya benar-benar dirasakan
apalagi yang hendak dikatakan apabila di saat nyawanya hendak dicabut pun Ustaz Asri sempat meminta senaskah Al-Quran untuk dibaca…syurgalah hendaknya tempat mu sahabat, InsyaAllah
SAK: Penyanyi nasyid terbaik yang pernah kita miliki…Al-Fatihah
Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Allah sayangkan dia.
Inna lillah wa inna ilaihi rajiun Al Fatihah..
kami juga mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat ALLAH hingge ke akhirnya………… AMINNNNNNNNNN
al fatihah
semoga rohnya aman disana..
sebak
Again, buat kesekian kalinya aku tuliskan… Only The GOOD die young… Most of them did… Al-fatihah…
Terkejut dengan berita pemergian Allahyarham… tengiang-ngiang di telinga suaranya mendendangkan “Pergi tak kembali”…
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
AL-Fatihah…
Allah lebih menyayanginya. Kita akan menyusul tapi tidak tahu bila.
Kenalah sentiasa bersedia menghadapi MATI. pasti akan datang samada lambat atau cepat.
Seoarang Insan yang hebat budi perkerti…… aluan zikir dan nasyid dari suara merdu Allahyarham akan menjadi tinggalan buat satu malaysia….. semoga Allahyarham direhatkan disisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh sebelum kita semua dibangkitkan di padang perhitungan syurga dan neraka….. Al-Fatihah
salam…sebaknya saya baca cerita kat atas…
moga ALLAH cucuri rahmat atas beliau.Allah sayang dia…kita pun sayang dia
bersama hadiahkan al-fatihah
semoga pemergiannya ditempatkan bersama para syuhada atas nama perjuangannya untuk Islam selama ini….
INNA LILLAHI WA INNAI ILAIHI ROJI’UNN..
Assalamualaikum Warohmatulllah..
Saya secara spontan menitiskan air mata setelah dikhabarkan oleh sahabat, mengalir air mata seolah2 beliau adalah abng saya..sedih bukan kerana tidak redho atas pemergiannya, tetapi sedih kerana perjuangan besarnya kepada industri da’wah nasyid negara, sedih kerana keperibadiannya yang mulia, bergurau senda, seorang yang pemurah dan beliau cukup istiqamah dengan memartabatkan nasyid sebagai medium da’wah Islam..
Mengapa insan sebegini tidak dinobatkan Dato? Tan Sri? Padahal sesiapa yang mengenalinya mengetahui sumbangan beliau bukan sekadar dalam kumpulan Rabbani..malah lebih daripada itu sejak sebelum kewujudan kumpulan nasyid NADAMURNI lagi Ust Asri telah bernasyid seawal usianya..
Allah SWT KASIHKAN BELIAU..diambil ketika usia masih muda dan ketika nasyid da’ wah ini memerlukan nya..
AL FATIHAH..
Semoga Allah SWT tempatkan Ust Asri Ibrahim di kalangan orang2 soleh dan yang mendapat syafa’at Rasulullah (kerana beliau banyak mengalunkan pelabagai jenis Selawat semasa hayatnya!!! ALLAHU AKBAR!) dan rahmat kasih sayang Allah swt..
UST ASRI Dalam Kenangan… 1969-2009…AL-FATIHAH
sedih sgt2… time maghrib pukui 7mlm selalu dok tgk channel astro 106… rasa sayu jaa dengaq zikir2 yg dialunkan aruah…
ulit anak kecik nak tido pun selalu guna zikir2 aruah…
dah tak dak dah…
dri alunan lagu2 mu yg indah penuh makna, takkan ku lupa…
al-fatihah……
Dia berjuang kejalan Allah,perginya dengan penuh ketenangan alfatihah
Al-Fatihah…
Bagai dah tahu arwah berduet dengan Amy Search….
“alam telah meyakinkan kau pasti kembali, bagai yang telah dijanjikan Ilahi…”
Innalillah wa Inna ilaihi Raajiuun…
Saya juga agak terkejut bile mendengar berita pemergian arwah…Saya pun suka mendengar lagu2 rabbani yang begitu sayu dan penuh makna lirik2 lagunya…Biarpun tidak pernah kenal beliau tapi saya dapat rasakan beliau adalah insan yang baik serta mudah mesra. Pernah beliau menjadi MC dalam satu majlis di pejabat saya…Beliau begitu pandai dan mudah mesra serta bijak pula berbicara…Saya kagum dengan kebolehan beliau..Pemergian beliau turut membuatkan hati sayu…kerana beliau seorang pejuang nasyid yang sukar dicari ganti…Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya..Al-Fatihah.
alfatihah….huhu..
saya juga sgt sedih kerana susah untuk mencari pengganti spt beliau.semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh-Nya dan Ya Allah golongkanlah dia dalam golongan org2 yang beriman…
Al Fatihah..
Aku juga bersaksi bahawa Allahyarham Ustaz Asri begitu banyak berjasa kepada Islam…semoga ruhnya ditempatkan bersama ruh para solihin yang dikasihi Allah S.W.T….
Sebak aku bro…Al-Fatihah…
Inna lillah wa inna ilaihi raji’un .. Semoga rohnya dicucuri rahamat..
ustaz, perjuanganmu atas nama agama, moga ditempatkan di syurga, masih terngiang2 suara arwah mendendangkan lagu zikir kifarah di konsert s.alam baru2 ini..al fatihah.
Masya Allah..diberitakan..di saat akhir Almarhum Ust sedang rebah di studio RTM, beliau masih sempat meminta senaskah Al-Quran untuk dibaca..buat kali terkhir.. dan ramai menitiskan air mata..
lagu2 kenangan yang menusuk hati..keinsafan dan mendekatkandiri pada Allah SWT..
Nun Disana Cita2 kita…ya akhirat namanya..di dunia ini bukan tempat tinggal…
Mana milik kita…tidak ada milik kita..semua yang ada..Allah yang punya…
TUHAN..kubisikan..kerinduan..keinsafan..pengharapan..
Sudah sunnah orang berjuang..berkelana dan mengembara..
Setiap insan..pasti merasa..saat perpisahan terakhir..dunia yang fana akan ditinggalkan..hanya amalan yang dibawa…
Semoga segala hasil usaha dan tinggalan Almarhum Ust Asri, Allah swt sampaikan ia sebagai amalan jariah, ilmu yang bermnafaat dan dakwah Islamiah..buat yang masih hidup..yang menggandakan ganjaran pahala buatnya..AMEEN YA ROBB
Ucapan Takziah dan..Semoga jg Allah swt berikan kesabaran dan ketabahan serta redho buat isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya…
al-fatihah,
suatu tidur yang panjang.
sayu dengan pemergiannya semoga rohnya dicucuri rahmat Allah amin.
Walaupun x prnh mengenal arwah,sedih tetap dirasa…mgkn krana kehilangan permata nasyid yg mempunyai suara yg sgt merdu..smoga pengorbanan dakwah mu d ganjari oleh ALLAH SWT…kpd kluarga arwah,smoga d beri kekuatan,doa kan arwah stiap hari dan jgn prnh putus!krana ana jg tlh khilangan ayah trsyg…
[…] credit to this blog […]
Arwah ni sahabat kau ke?
Salam,
ketika saya membaca berita tentang kematian uztaz asri, saya baru shj msk office saya di university..waktu tu waktu UK pukul 8.00 a.m. Sebak sgt…buat isteri dan anak arwah uztaz Asri… bersabarlah atas dugaan ini. Puan sesungguhny isteri yang bertuah menjadi ister arwah dan saya yakin puan seorang yg sgt kuat . dan solehah. Buat anak2 tabah menghadapi dugaan ini…kasih sayng ayah tiada gantinya..Jadikan segala didikannya, amalan yg berterusan dan doakan arwah ayah anak2..Jagalah ummi anak2 dgn baik dan jgn sakiti hatinya…Teruskan perjuangan arwah Uztaz Asri demi Islam
bukan sahabat tapi saudara…saudara seagama!
Salam.
al-fatihah.;(
assalammualaikum…al-fatihah…… 😦 pemergian beliau amat terasa..beliau adalah idola saya…
Kpd isteri arwah….tabahlah kak…Allah lebih meyayangi arwah…
Alfatihah..Pergi takkan kembali… Airmata saya mengalir laju ketika mendengar lagu ini, berita kematian beliau amat mengejutkan saya… Semoga perjuangan allahyarham dikira sebagai amal soleh di sisinya…
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Al-Fatihah buat beliau…. Lagu “Pergi Yang Tak Kembali” mengingatkan saya kita mana saya bersendirian dalam bilik kolej di universiti tahun 2000. Ketika itu saya mendengar dan cuba memahami bait-bait lirik yang dinyanyikan… indah sungguh. Tak disangka air mata ini jatuh berlinangan tak terhenti.
p/s saya rasa posting ini paling banyak menerima komen.
alfatihah….moga arwah dicucuri rahmat dari Allah s.a.w
al-fatihah…
sayu, sebak, sedih, menitis jua air mata akhirnya… terasa atas pemergiannya… walau tidak pernah bual bicara…tpi rasa dekat dgn nya..kerana tiap hari tak pernah lupa untuk mendengar alunan zikirnya…alunan azannya….bertemu dengan nya hanya setahun sekali di hotel singgah sana sambil menjamu selera selepas berbuka puasa….hampir sepuluh tahun aku menjadi pengunjung setia di hotel singgahsana dibulan ramadan semata-mata kerana kumpulan Rabbani….kini, ramadan menjelma lagi… tidak akan dapat ku dengar lagi suara nya dan bertemu dengannya. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para solihin…Amin…..
..”Kalo ana takde pun,zul ada. suara dia pun sedap gak.tp dia masih malu2 lg la”..(12.08.2009..20:03:39)
ni SMS terakhir Allahyarham Us.Asri Ibrahim kepada saya..Selamat Jalan sahabatku..Moga rohmu tenang disana..bersemadilah dengan aman..Aku akan sentiasa merinduimu..Al-Fatihah
Teringat-ingat takbir yang aruah alunkan….lagu pergi tak kembali sangat menyentuh hati saya..takziah untuk keluarga aruah..Al-Fathihah…
Assalammualaikum..
Pemergian beliau umpama kehilangan sebutir intan yg amat BERNILAI. Moga rohnya diterima ALLAH sebagai syuhada yg memperjuangkan ISLAM melalui lagu-lagu yang mnusuk dan meresap dikalbu.
Suara Allahyarham tidak dapat dicari ganti.
Apatah lagi saya telah mengikuti peribadi beliau seawal tahun 89 ketika mengikuti kem ibadah di Sg.Pencala… Al.Fatihah.
rase mcm x percaye yg die tlah pergi buat selama2nye… sedih pulak kalau dgr lagu pergi tak kembali…
Salam Ziarah,perginya seorang Da’ie menemui ilahi…
jom layari fenomenasyid.blogspot.com
pelbagai info nasyid2 terkini
salam ziarah kepada ahli keluarga Ustaz Asri. Moga pemergian beliau dicucuri rahmat. Al Fatihah
Salam takziah kepada ahli keluarga arwah. Pemergian Arwah amat dirasai sekali dan ini menunjukkan Allah telah memartabatkan kedudukan arwah di mata manusia. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah.
ana setuju dengan pendapat anta.shah rukh khan yang tidak ada mengena dengan industri kita pun boleh anugerah dato`.ini memang tak patut berlaku.Allahyarham bukan sahaja dalam industri,bahkan dalam agama pun beliau memerah keringatnya.
satu lagi,ana harap kita semua berhentilah menangis ats pemergiannya kerana junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa:“Lebih baik kita menangis kerana meninggalkan solat asar berjamaah pada hari Jumaat daripada kita menangis atas kematian seseorang yang kita sayangi“
bersama-samalah kita berdoa agar rohnya berada bersama dengan para syuhada`dan para solihin……….
` MEMBANGUN BERSAMA ISLAM `
“TAKBIR!!!!!
FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD (SETIAP YANG HIDUP PASTI MERASASAI MATI)
ALLAH MENJADIKAN SESUATU ITU BERPASANGAN,ADAM PASANGANNYA HAWA,SAKIT PASANGANNYA SIHAT DAN HIDUP PASANGANNYA MATI……..
Ya Allah, kami bersaksi Ust.Asri salah seorang pejuang agama Mu. Masukkanlah ia ke syurga Mu.
Untuk sahabat-sahabat pembaca, takpelah Ust.Asri tak dapat gelaran dato’, tan sri dan lain-lain yang seumpama dengannya kerana ia adalah anugerah dunia yang tidak memberi makna apa-apa melainkan kebanggaan yang tidak disukai oleh Allah. Untuk mereka yang sangat takwa kepada Allah dan berjuang di jalanNya, Biarlah Allah sahaja yang mengangkat darjat martabatnya.
sila layari laman web kami . http://www.mabiq.enetmyne.com.my
Assalamua’alaikum..
Masya Allah, sehingga hari ini walaupun telah berbulan Ust Asri pergi ke Rahmat Allah Maha Pencipta, hati saya masih menrindui suara dakwahnya.. betapa hebatnya kuasa Allah SWT memberikan pd insan kerdil yang bernama Ust Asri Ibrahim ini kemerduan, dan zauq suara menyeru kepada kebesaran Allahu A’zzawajalla..
Setiap kali mendengat alunan suara Ust Asri, sama ada di IKIM.fm, sndirian atau saluran lain..merasakan Ust Asri masih ‘hidup’..
Semoga Allah tempatkan ruhnya bersama para pejuang Islam dan di sisi Rasulullah dan moga Allah SWT berikan diri ini jalan yang sama untuk bersama Rasulullah SAW..AMENN yA Robb..
Al-Fatihah..
Walaupun dah dua bulan lebih kematian Ustz Asri namun masih baru, semoga perjuangan allahyarham selama ni dikira sebagai amal soleh di sisinya..kpd kluarga arwah,smoga d beri kekuatan,doa kan arwah stiap hari dan jgn putus!
semoga rohnya dicucuri rahmat.takziah buat keluarga ustaz asri.setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.sama2 kita mendoakan beliau.
alfatihah…..
Pmrgian beliau mrupakan satu kehilangan yg besar buat pjuana islam.semoga ALLAHYARHAM dcucuri rahmat.AMIN…….
sedih dan terkejut dengan
berita tentang kematian nya..semoga allah mencucuri rahmat keatas roh nya..bersabar lah..sesungguh nya allah bersama dengan orang yang bersabar………
MARILAH KITA BERDOA BERSAMA-SAMA SUPAYA ROH DICUCURI RAHMAT.
AMIN
MARILAH KITA BERDOA BERSAMA-SAMA SUPAYA ROH DICUCURI RAHMAT.SAYA TERINGAT KENANGAN MASA ARWAH DATANG KE PAHANG.WASALAM
AMIN
assalamualaikum….wat muslimim dan muslimat y sentiasa di sisi YANG MAHA ESA…di sini sy ingin mengambil sedikit mase tuk sy mengucap kan takziah kpd ahli keluarga allahyarham ustz. asri atas permergian beliau…sama2 kita sedekah kan al-fatihah kpd beliau supaya beliau di tmpt kan org2 y beriman..AMIN YA RABBAL ALAMIN….
Dunia ini kian sepi ketika satu demi satu teman perjalananku, Guruku telah pergi pada 2009 yang lalu…hingga kini tetes air mata tak jua berhenti mengenang kepergian yang telah lalu…
Ya…Ustadz Asri Ibrahim yang telah mengenalkanku pada bait2 syair nasyid semenjak semuanya bermula…ruh kata2nya yang membentuk sebagian prinsip hidupku…telah mengantarkan ku digerbang hidayahnya…
Hanya sepenggal doa selalu ku panjatkan agar Guruku yang tak pernah sekalipun bertemu…dapat derajat tinggi disisi Rabb-Nya…Jazakallah Ustadz Asri…..Asep Suherman Indonesia
salam tazkiyah….
semoga amal ibadah nya diterima disisi ALLAH SWT….amiennn….
al-fatihah
al-fatihah ….. pergi tak kembali
Al-fatihah,,,,,ustad asri adalah idola saya,sampai sekarang saya tak percaya klau dia dah tiada.semasa sy di batam semua kaset lagu2nya sy beli.sampai sekarang sy masih simpan lg semua kaset nasyid tu.setiap kali sy dengar nasyid tu,sy selalu nangis,suaranya subahanallah sangat merdu.semoga dia di tempatkan disisi allah swt,amin.nelviana/fia-indonesia.
Nelviana/fia
Al-fatihah,,,,,,,sy mendengar ustads asri meninggal dunia dalam saksi maut tahun 2012,sy macam tak percaya klau beliau dah tiada.ustads asri adalah idola sy sejak tahun 2001,karna dari tahun itulah sy mengenal nasyid.semua kaset2 nasyidnya sy beli,sampai sekarang sy masih lg simpan semua kaset nasyid rabbani.subahanallah suara beliau sangat merdu,setiap sy mendengar nasyid beliau sy menangis.karna setiap syair nasyid beliau mengingatkan kita pada allah n rassulullah.sy berdoa semoga beliau ditempatkan disisi allah swt.amin.