UMNO Tidak Boleh Diurus Sebagai Hak Peribadi

Memang pun sebagai orang yang berakal dan merdeka, tidak boleh seseorang itu taksub pada seorang pemimpin UMNO yang jelas telah menodai kepercayaan rakyat.

Menodai disini ialah kantoi mencuri wang rakyat melalui skandal 1MDB atau SRC dan begitu juga skandal Yayasan Akal Budi yang melibatkan Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Pada hakikatnya tanpa parti UMNO yang menjadi tempat pemimpin pemimpin UMNO kantoi mencuri itu berlindung mereka bukannya siapa-siapa. Sebab itulah Zahid Hamidi selaku Presiden parti bersungguh-sungguh menafikan kebenaran yang di tegakkan oleh Annuar Musa.

Namun begitu admin tidak berapa bersetuju dengan kenyataan Annuar Musa ini katanya setia kepada parti adalah keutamaan apa lagi pada parti seperti UMNO yang sudah sarat dengan kemungkaran.

Kalau parti seperti UMNO sudah tidak relevan untuk disokong untuk apa lagi berada di sana. Adakah diri anda dari spesis yang sanggup bodoh demi mempertahankan pimpinan yang kantoi mencuri.

Lihat saja hari ini angkara menyokong secara membabi buta Najib dan Zahid telah ramai Melayu UMNO menjadi terbangsat dan tidak lagi dihormati oleh bumiputera lain. Kenapa tidak telah dua Mahkamah di Malaysia menjatuhkan kluster Mahkamah itu bersalah, begitu juga satu Mahkamah di America. Tapi Melayu UMNO pro Najib terus menegakkan benang basah. Celaka lah mereka!


Parti tidak boleh di urus sebagai hak peribadi : Jawapan Anuar Musa kepada Zahid Hamidi.

Selepas dikritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana mengatakan dokumen “PASLeak” bukan sesuatu yang luar biasa, Annuar Musa tampil mengulas isu kesetiaan kepada parti.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, kesetiaan kepada parti adalah hal amat penting, namun ia berbeza dengan setia kepada individu.

“Kesetiaan pada parti memang amat penting. Ia berbeza dengan setia kepada individu, yang kadangkala dianggap sebagai tanda setia pada parti.

“Kesilapan individu, perlakuan individu yang menyalahi roh, matlamat dan semangat perjuangan parti tidak boleh menuntut kesetiaan kerana itu individu dan bukannya parti,” kata Annuar dalam satu hantaran di Facebooknya.

https://www.malaysiakini.com/news/619089

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑