Shafie (Warisan) Berhadapan Risiko Tidak Layak Bertanding Di PRU14

KOTA KINABALU: Mahkamah tinggi di sini, hari ini, menetapkan 7 Mei ini untuk mendengar kes semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengundi dan menjadi calon pilihan raya.

Hakim Azhahari Kamal Ramli yang bersidang di dalam kamar turut menetapkan 4 Mei bagi semua pihak yang terbabit untuk memfailkan hujahan masing-masing.

Semakan kehakiman itu difailkan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Semporna, Datuk Mohd Ainal Fattah, kelmarin melalui peguam Marcel Jude dengan menamakan SPR dan Mohd Shafie masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam prosiding hari ini, SPR diwakili Peguam Persekutuan Kanan, Andi Razali Jaya dengan dibantu Dorine Patrick, manakala Mohd Shafie diwakili peguam Datuk Doughlas Lind dan Chung Jing Dau.

Marcel ketika ditemui selepas prosiding itu, berkata pada 7 Mei nanti hakim akan membuat keputusan sama ada menerima semakan kehakiman berkenaan atau sebaliknya atau menetapkan tarikh baharu untuk pendengaran seterusnya.

Mohd Ainal sebelum ini memfailkan semakan kehakiman itu bagi mendapatkan perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan SPR supaya menolak jika Mohd Shafie dicalonkan di sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau turut memohon injunksi mandatori terhadap pencalonan Mohd Shafie pada PRU-14 sehingga wang RM7.5 bilion yang didakwa hilang ketika bekas Naib Presiden UMNO itu menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikembalikan, yang mana kes berkenaan masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Shafie ditahan SPRM pada 19 Oktober tahun lalu bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan dana awam projek luar bandar di negeri ini.

Mohd Shafie yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna direman lapan hari sebelum dibebaskan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM80,000 deposit /Berita Harian


Berdasarkan isu diatas adakah peluang Shafie Apdal untuk bertanding pada PRU yang akan datang akan berkecai, paling tidak kerana terikat dengan tempoh perbicaraan?

Peraturan tetap peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua lapisan, apa lagi pada individu/masyarakat yang mendapat gelaran pemimpin.

Seorang pemimpin tidak boleh melanggar peraturan, walaupun keatas peraturan yang amat remeh, kerana segala tindak tanduk seorang pemimpin akan menjadi perhatian sekaligus contoh kepada masyarakat.

Dari konteks ini Shafie Apdal adalah seorang pemimpin dan berjawatan Presiden Parti yang bercita cita untuk menjadi Ketua Menteri Sabah. Jadi wajarkah beliau mengenepikan peraturan atau undang-undang negara?

Oleh itu jangan persalahkan pihak yang membawa isu ini hingga ke pengetahuan Mahkamah. Malah sepatutnya dipuji sebab terfikir untuk mengangkat isu diluar kebiasaan. Dimana akhirnya akan menjadi peringatan kepada pemimpin dan bakal bakal pemimpin yang lain.

Kalau ada yang berpendapat bahawa semua ini adalah taktik untuk menjatuhkan Presiden Warisan supaya tidak layak bertanding pada PRU yang akan datang. Nah jangan kamu silap!

Kerana pada hakikatnya kelangsungan skandal Presiden Warisan selepas disiasat oleh SPRM masih dalam proses untuk didakwa di Mahkamah. Bererti ruang bagi pihak tertentu untuk mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan Shafie Apdal selaku pemimpin politik aka Presiden Warisan, semestinya terbuka luas. Ingat politik adalah politik!

Senario ini adalah sama bila mana pihak pembangkang mempersoalkan status UMNO, sama ada parti ini sah atau haram di sisi perlembagaan. Pun begitu tidaklah ahli UMNO merapu menyalahkan pihak yang mempersoalkannya malah akan akur pada sebarang keputusan Mahkamah. See?

Lain cerita, sudahkah status parti Warisan disahkan secara rasmi oleh ROS. Memandangkan sebelum ini ROS ada mengeluarkan arahan atau peringatan, agar pihak Parti Warisan memenuhi syarat syarat yang wajib dipenuhi?. Jangan sampai terbatal ya, seperti mana PPBM.

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑