Huruf A, B, dan C
Jambu atas batu
Kenapa tidak kasi
Sombong macam hantu
Undang-undang papan
Surat dalam buluh
Tunang ada lapan
Gundik tujuh puluh
Jalan-jalan sepanjang jalan
Singgah-menyinggah di pagar orang
Pura-pura mencari ayam
Ekor mata di anak orang
Orang perempuan hendak bersegak
Lalu diasah kulit awak
Jerawat penuh muka berkerak
Lihat cantik dilumur bedak
Gigi bertatah dengan gewang
Kelip kilau nampak berjahang
Rumah buruk lantai jarang
Kalau terperlus malu kat orang
Asah gigi delima merkah
Kilat cahaya bagai ditatah
Kepala dogol kena belah
Kain direndak kenapa tak basah?
Terketak bagai udang ditangguk
Terlompat-lompat tertepuk-tepuk
Tiada sedar kaki cabuk
Dihurung bebari habis merobok
Cantik manis putih kuning
Bagai tanduk bersending gading
Salah pandang akal dirunding
Perangai pula laksana anjing
Tergesa-gesa balik ke kampung
Pelanduk seekor tidak terkepung
Encik bukan kera dan lontong
Ranting yang buruk hendak bergantung
Ada seekor burung belatuk
Cari makan di kayu buruk
Tuan umpama ayam pungguk
Segan mencakar rajin mematuk
“Jalan-jalan sepanjang jalan
Singgah-menyinggah di pagar orang
Pura-pura mencari ayam
Ekor mata di anak orang”
~hahaha…
Pura-pura mencari ayam,
dari Kelantan ke ceruk Pahang,
Ekor mata di anak orang,
untuk pasangan adikku bujang.
haaa..
jangan salah sangka
adikku solo masih teruna
p/s: salam dari SangPelangi.com
Jalan-jalan sepanjang jalan
Singgah menyinggah di pagar orang
Pura-pura mencari ayam
Ekor mata di anak orang
Pengakhiran ayat baris pertama dan pengakhiran ayat baris ketiga tidak serima.
Mungkinkah ianya berbunyi begini – “Jalan-jalan sepanjang malam”?
Siapa yang boleh jawab?
jalan-jalan sepanjang jalan
singgah menyinggah di pagar orang
pura-pura mencari ayam
ekor mata di anak orang
jawapan,
mencari calon guna pewang
pawang berasal dari marang
kerana malu berterus terang
hanya berpura menjadi ruang
membina titi seberang muara
dihiasi pula pokok menjalar
dilihat seperti melihat si dara
rupanya dia si juling ular
Bahasanya kebakuan… gak asyik
Jalan-jalan sepanjang jalan
singgah menyinggah dipagar orang
pura-pura mencari ayam
ekor mata di anak orang
…..balasnya
Pura-pura mencari ayam,
ekor mata di anak orang,
Sudah lama hanya terdiam,
Menunggu peluang berkata `sayang’.
saya nak pantun tentang kekasih!!!!!11111
Jalan-jalan sepanjang jalan,
Singgah menyinggah di pagar orang,
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.
komen:
Jalan-jalan sini situ,
Cantik sungguh pantun mu itu.
Kayu dibelah merata-rata
Jalan melata hingga ketiti
Tidak salah lirikan mata
Kan dari mata turun kehati?
gitulah mulanya cerita…Cik Safirah
di tanah rata tumbuhnya jati
tempat jali datang bermain
dari mata turun ke hati
akhir sekali ke jinjang pelamin
tidak salah lirikan mata.
dari mata turun ke hati.
berhati-hati jelingan manja.
jalan yang lurus banyak berduri…..
makan sirih sambut menumbuk padi
menjadi emping lalu di makan
eloklah disimpan akhlak yang terpuji
kelak akan menjadi ikutan
(sedikit pembetulan)
makan sirih sambil menumbuk padi
menjadi emping lalu di makan
eloklah disimpan akhlak terpuji
kelak akan menjadi ikutan
mencari ikan di kolam si mamat
ikan dapat ikan lalu mengail dilain tempat
apalah ertinya hidup merempat
di maki orang tak kira tempat
jalan-jalan sepanjang jalan
sambil mencari rakan tulan
apa nak ditakut lalu dijalan
walaupun terserempak haantu dijalan-jalan
Minum susu sambil berdiri
Makan karipap berisi inti
Jangan kita iri hati
Tiada gunanya dibelakang hari
Gunung daik bercabang tiga
Didaki oleh seorang laksamana
Solat perlu sentiasa dijaga
Tak Kira walau di mana
Ibu mengidam buah nanas
Di bawa dari gunung daik
Jangan diikutkan hati yang panas
Sikaf begitu bukanlah yang terbaik
benih di bawa dari gunung daik
untuk dijadi baka angsana
sikap begitu bukanlah terbaik
mengikut ajaran syaitan durjana.
pergi melancong ke pulau jerjak
mari kita pergi bersama
janganlah ada sifat berlagak
hidup di duniapun tak lama
mari kita pergi bersama
berbual-bual hilangkan semput
hidup di duniapun tak lama
sampai masa pasti dijemput..