Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
*
SWEET SEPTEMBER
Hmmm…. bulan September hadir lagi. Ia selalu membuat aku ceria dengan kemanisan auranya yang tersendiri. Bayu September lembut menyentuh kalbu. Sangat indah di hati. Senyum untuk diri sendiri. π
PERCAYALAH…. AKU RINDU PADAMU
*
Untukmu Wahai Yang Menyentuh Hati…..
*
*
*
***************
1 September 2016 (Khamis)/ 29 Zulkaedah 1437H/ 1.30 petang, Bintangor Sarikei, Sarawak
AKU…. selalu ingat dan tidak pernah melupakan. Jika ini jalan yang ditakdirkan, aku perlu redha dengan ketentuan. Jika ini denai yang merencam, aku perlu pasrah dalam kepayahan. Hidup ini sudah direncanakan sedemikian rupa untuk ku fahami bagaimana Allah ingin membuka jalan ketakwaan kepada-NYA. Terima kasih Tuhanku atas bimbingan-MU. Aamiin.
– SITI FATIMAH AHMAD –
***************
Β *
DEDIKASIKU UNTUKMU…. Dirimu selalu indah dalam taman hati yang memuja. Tidakkan pernah ku berpaling walau badai jiwa diamuk gelora tidak terduga. Jika rindu sudah berpadu, hati selalu menyeru. Doaku selalu untukmu.Β Aamiin. Wassalaam. π
*
*
Semoga september ceria
Aamiin Allahumma Aamiin. Begitulah harapan di bulan September ini.
Terima kasih Kang Nur atas kunjungan dan salam hormat.
waktu cepat berlalu ya siti
iya winny, sekarang sudah September.
Terima kasih dan salam manis di bulan September. π
Alhamdulillah sudah September lagi. Semoga makin banyak berkah bagi kita semua ya Kak…
Alhamdulillah. Hingga ke bulan September ini, Allah masih memberi nafas untuk kita berbakti di muka bumi ini, Dyah.
Mudahan kita menghargai baki umur yang diizinkan untuk mengenal erti kehidupan dan meraih kejayaan hingga ke hujung nyawa.
Terima kasih sudah berkunjung dan salam semanis September. π
September yang membawa kecerian datang lagi ya, Bund.
Iya mbak. September tahun 2016 ini keceriaannya dua kali ganda kerana ada dua tarikh ulang tahun yang penting di dalamnya.
Terima kasih mbak Ysalma sudah berkunjung dan salam mesra selalu. π
ummiiiiii… ym.nya ngk aktif yah ?, kangeeeennnnn
Tidak tahu Neni, nanti Umi check ya. Rasanya seperti biasa sahaja.
Umi juga rindu dengan Neni. Ke mana aja Neni selama ini. π¦
neni selalu ada, nanda ym tp umi ngk balas2..π’π’π’π’π’π’
kenapa ya…. sedangkan Umi juga selalu ada dan sudah membalasnya. Di mana silapnya nih. π¦
Umi rindu dengan Neni…. kirim via email dan itu lebih cepat. π
coba umi sapa nanda di email dahulu
ok, boleh, Neni… π
ada kenangan apa Bu Siti di bulan September?
Banyak sekali kenangannya. Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk menemui kembali September tahun ini. Mudahan semuanya berjalan lancar. Aamiin.
Terima kasih Wahyu atas kunjungan dan salam sejahtera.
sama-sama, Bu.
September ceria, milik kita bersama
iya…. September kurniaan Allah buat semua hamba-NYA.
Terima kasih dan salam September.
di Indonesia ada lagu ngetop tentang september .. September Ceria π
Ternyata bulan September selalu memberi rasa instrumental kepada banyak orang. Bahkan di Malaysia ada kumpulan penyanyi namanya Sweet September dan banyak lau juga mengisahkan bulan September.
Bulan September selalu memberi keceriaan kepada mereka yang lahir di bulan September, ya.
Terima kasih dan salam sejahtera.
Sekarang sudah memasuki bulan Oktober. Tidak terasa ya perjalanan waktu begitu cepat. Kadang-kadang tanpa kita sadari kita sering terlena dengan kesibukan duniawi sehingga ibadah kepada Ilahi menjadi terabaikan atau jikapun dikerjakan hanya semata-mata sebagai penggugur kewajiban. Untuk diri saya pribadi harus banyak muhasabah apalagi hari ini adalah hari pertama tahun baru Islam 1438 Hijriah.
Alhamdulillah, senang meneruma kunjungan dari Ifan. Mudahan segala niat yang baik untuk mencapai azam yang diingin dapat direalisasikan dalam rahmat Allah SWT.
Tahun 1438 h merupakan tahun baru yang tentunya memberi banyak inspirasi dalam mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Didoakan Ifan sentiasa bahagia bersama keluarga dan berjaya dalam kerjanya.
Terima kasih dan Salam Maal Hijrah.
Assalamualaikum ustazah… dalam sedar atau pun tidak, tinggal beberapa hari untuk bulan September menjelma lagi. Ianya mengingatkan saya ketika saya dan rakan-rakan masih berada di IPG pada awal tahun lalu.. betapa sayangnya kami kepada ustazah.. ustazah telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sehingga kami sudah merancang untuk membuat kejutan sempena hari lahir ustazah kelak. Ianya merupakan salah satu cara untuk kami menunjukkan penghargaan dan betapa sayangnya kami kepada ustazah. Namun, keadaan tidak mengizinkan. Kami semua terpaksa pulang kerumah masing-masing akibat pandemik Covid-19. Mungkin ada hikmah disetiap apa yang berlaku. Apabila saya melihat kalendar dan menyedari bahawa September akan kunjuk tiba beberapa hari sahaja lagi.. Ianya terus mengingatkan saya terhadap wajah gembira ustazah ketika kami mengucapkan selamat hari lahir kepada ustazah dimana raut wajah tersebut sangat kami rindui. Semoga hari lahir ustazah pada tahun ini lebih bermakna dan diredhai oleh Allah s.w.t.
Terima kasih ustazah kerana telah menjadi mentor yang terbaik yang pernah kami ada dan tidak pernah jemu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami. Ustazah juga sentiasa menegur kami tatkala kami membuat kesilapan. Semoga ustazah berada dalam jagaan Allah selalu.
Saya,
Saya,
NURZARIFAH BINTI ZULKEFLI
PISMP SEMESTER 1 TAHUN 2 AMBILAN JUN 2020
IPG KAMPUS BATU LINTANG