Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Peminjam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Di Buka

0 1,712

Untuk makluman, permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN untuk peminjam ijazah Sarjana Muda kelas pertama kini di buka.

Baca juga: Permohonan Kursus Sijil Perhutanan & Renjer Hutan

Pengecualian bayaran balik ini dipertimbangkan kepada pelajar yang menamatkan pengajian bermula 01/01/2019 serta tergolong dalam B40 dan M40.

Bagi pelajar yang tamat sebelum 01/01/2019 bayaran balik masih tertakluk kepada polisi lama.

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

  1. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh IPT.
  2. Mengikuti peringkat pengajian Ijazah secara sepenuh masa.
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
  5. Kursus yang diikuti oleh peminjam di telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
  6. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

Dokumen yang perlu disertakan:

  1. Akuan Peminjam yang telah lengkap diisi.
  2. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan
  3. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  4. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  5. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

Nota:

  1. Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa seperti ditetapkan oleh PTPTN iaitu Bahagian Akademik IPT atau Bahagian Yang Mengeluarkan Transkrip dan Skroll di IPT/Cawangan peminjam mengikuti pengajian sahaja.
  2. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
  3. Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/ penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/ penggredan daripada IPT perlu disertakan.
  4. Syarat ini hanya terpakai kepada peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019.

Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman akan diproses dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk pautan-pautan yang disediakan di bawah:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...