Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Para Ibu Boleh Menuntut Pelepas Cukai sehingga RM1000 Untuk Pembelian Barangan Penyusuan

Pembelian Peralatan Penyusuan Bakal Dikenakan Pelepasan Cukai

0 1,731

Kerajaan akan memperkenalkan pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu kepada pembayar cukai wanita yang mempunyai anak berumur sehingga dua tahun.

Penawaran perlepasan cukai bermakna individu yang layak membayar cukai akan mendapat rebat pengurangan daripada jumlah cukai yang perlu dibayar. Ini sekaligus membolehkan anda membayar cukai dengan harga yang rendah dari sepatutnya dikenakan kepada anda. Sekiranya anda seorang pembayar cukai sudah tentu anda sebolehnya mahu mengurangkan pembayaran cukai yang dikenakan ke atas anda.

Individu yang layak mengemukakan pemfailan cukai dah tentu sedang sibuk mengisi borang e-filing sepanjang Mac ini. Ini kerana tarikh pemfailan cukai bakal ditutup hujung April 2018 nanti. Jadi kepada individu yang layak usah bertangguh lagi. Cepat isi e-filing untuk memudahkan urusan anda nanti.

DAPATKAN PELEPASAN CUKAI PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN IBU

Tahu tak anda berpeluang mendapat perlepasan cukai melalui pembelian barangan penyusuan buat bayi. Sebenarnya, kerajaan telah memperkenalkan pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu kepada pembayar cukai wanita yang mempunyai anak berumur sehingga dua tahun.

Pembelian Peralatan Penyusuan Bakal Dikenakan Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai pembelian barangan penyusuan ibu diberikan setiap dua tahun sekali, mulai tahun taksiran 2017.

Pembelian peralatan penyusuan susu ibu itu boleh dibuat secara set lengkap atau berasingan yang merangkumi pam susu (manual atau elektrik), bekas penyejuk, bekas pengumpulan dan penyimpanan susu.

Jadi, buat ibu bekerja dan bekerjaya di luar sana yang layak membuat pemfailan cukai pastikan anda pastikan anda menyimpan resit pembelian sebagai bukti pembayaran. Ini, bakal memudahkan anda mendapatkan pelepasan cukai nanti.

Selain barangan melibatkan penyusuan bayi, anda berpeluang mendapat perlepasan cukai melalui perbelanjaan terhadap ibu bapa, yuran pendidikan sendiri, kesihatan, gaya hidup dan pelbagai lagi. Pastikan anda layari laman LHDN untuk senarai penuh pelepasan cukai.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...