Carian
Sime Darby Akan Menggunakan Robot Di Ladang Sawit Bagi Mengurangkan Tenaga Kerja Asing
April 19, 2021 Effi Saharudin

Penggunaan tenaga kerja asing dan bawah umur di ladang-ladang kelapa sawit menjadi bualan ramai tahun lalu. Layanan yang kurang baik terhadap dua golongan ini menyebabkan minyak sawit dari ladang Sime Darby Plantation diharamkan dari dieksport ke Amerika Syarikat. Mungkin penyelesaian jangka panjangnya ialah menggantikan tenaga kerja manusia dengan robot.

Sime Darby Plantation telah memulakan usaha menggunakan robot dan jentera untuk melakukan proses penuaian sawit di ladang mereka. Kajian masih lagi di peringkat awal dengan Ketua Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan Simed Darby Plantation, Dr K Harikrishna mengatakan ia mungkin berlaku menjelang 2026.

Penggunaan robot dan jentera diharap akan mengurangkan pergantungan ladang dengan tenaga kerja asing kerana ia antara kerja yang tidak diminati warga tempatan. Isu eksploitasi juga dapat dielakkan kerana tidak seperti manusia, robot setakat ini masih tidak mempunyai hak asasi yang termaktub di peringkat antarabangsa.

Komen