Pemimpin perlu berkhidmat tanpa mengira ideologi

RANAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengingatkan para pemimpin peringkat akar umbi supaya memberikan khidmat tanpa memilih ideologi politik.

Katanya, ia bagi memastikan setiap kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan dapat dinikmati semua peringkat masyarakat tanpa ada yang terpinggir.

Katanya, pemimpin akar umbi seperti Ketua Kampung, Pemaju Mukim, Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JPKK) dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) perlu adil dan saksama bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Dr. Joachim merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian menyatakan, bantuan-bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat seperti E-Kasih perlu di salurkan secara adil kepada penerima. Senarai penerima E-kasih akan disemak semula oleh pejabat daerah.

“Sikap pilih kasih perlu diketepikan agar tiada lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan semasa yang memerintah.

“Namun demikian, pemimpin akar umbi perlu bijak menilai status penerima. Biar mereka yang benar-benar layak disenaraikan sebagai bakal penerima, bukannya seorang mampu tetapi ada kaitan dengan pemimpin kawasan, nama dimasukkan sebagai penerima, itu tidak wajar,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra dan dialog lantikan politik Mukim Kundasang di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang turut menjelaskan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah akan terus menganjurkan kursus-kursus kepimpinan akan diadakan bagi memperkasakan kepimpinan di peringkat akar umbi memantapkan fungsi dan tanggungjawab para pemimpin masyarakat bermula awal tahun hadapan.

Katanya, bagi ketua-ketua kampung Kursus kepimpinan akan diadakan. Dengan adanya kursus seumpama ini, beliau berharap semua pemimpin terus mengambil peluang untuk memantapkan pentadbiran kawasan.

Dr. Joachim juga menyeru agar pemimpin-pemimpin lantikan politik mewujudkan satu Gabungan Jawatankuasa kepimpinan dimukim Kundasang seperti yg pernah dilaksanakan satu ketika dulu. Ini adalah bertujuan untuk membincang perkara atau isu-isu yang dihadapi bersama seperti masalah ketiadaan tapak bagi pejabat Polis, Bomba, Fama dan lain-lain.

Jawatankuasa ini melibatkan wakil komponen parti yang sehaluan iaitu wakil daripada ahli Parlimen, Ahli Majlis Daerah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), gabungan Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung.

Sehingga kini terdapat 8 mukim di bawah Dun Kundasang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *