Ernie Zakri meroyan suami kena sondol?
Saya akan gila, meroyan jika suami kena sondol
Ernie Zakri meroyan suami kena sondol?
Penyanyi popular, Ernie Zakri mengakui mungkin akan hilang kewarasan jika suaminya, Syamel ada hubungan dengan penyondol dan rumah tangganya diganggu orang ketiga.
Kata Ernie, 30, dia juga bukan wanita yang kuat untuk menghadapi dugaan paling ditakuti kaum isteri sebagaimana dilalui beberapa selebriti tanah air sebelum ini.
“Saya bukan wanita yang kuat untuk hadapinya. Siapa yang mahu suami disondol.
“Ada satu saat, saya takut nak baca kisah-kisah sebegitu terutama yang terjadi dalam kalangan rakan-rakan artis.
“Saya tidak mahu berada di posisi mereka. Sekiranya berlaku, saya boleh jadi gila dan meroyan, bahkan mungkin boleh buat sidang media untuk kongsi tentangnya (penyondol),” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui dimajlis pelantikan Ernie sebagai duta Susu Marigold HL SuperMilk di Avante Hotel semalam.
Dalam pada itu, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri kagum dengan semangat dan kekuatan golongan wanita yang terpaksa melalui situasi sebegitu dalam rumah tangga.
“Saya tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika berhadapan dengan masalah ‘penyondol’ tetapi kagum dengan kekuatan golongan wanita yang diuji dengan gangguan orang ketiga.
“Tabik dengan kekuatan mereka,” katanya lagi.
Ditanya sama ada memberi amaran atau tidak kepada Syamel berkait isu ini, pelantun lagu Astana itu memaklumkan mereka berdua saling menasihati antara satu sama lain
“Saling mengingati itu perlu dan harus sentiasa sedar diri tentang status suami orang dan telah berkahwin,” ujarnya.
Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 ldi Masjid Puncak Alam,Selangor.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Khawla Soleha, 2. K Online
Ernie Zakri meroyan suami kena sondol?
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin pertimbang saman Anwar
- Jangan berkecil hati, sahabat ku
- Durian serendah RM7 laku keras musim panas
- Syamsul dan Puteri Sarah gagal berdamai
- Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
- Sofia Jane macam vampire, tak pernah tua
- Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah
- Aksi spontan Tengku Permaisuri Selangor lihat graduan kembar
- Imam rebah, meninggal dunia selepas set pertama main badminton
- Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik
- Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
- Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar
- Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar
- Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik
Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)
Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)
Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)