Selepas buang tumor lagenda Pele semakin pulih

Selepas buang tumor lagenda Pele semakin pulih. Legenda bola sepak Brazil, Pele pada Rabu menyatakan dia berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang tumor kolon.

“Saya kian pulih dengan baik,” katanya yang berusia 80 tahun dalam satu mesej yang disiarkan di media sosial seperti dilaporkan oleh AFP.

Pembedahan membuang tumor itu dilakukan di sebuah hospital di Sao Paulo pada Sabtu lalu.



Pihak hospital yang merawatnya mendedahkan pada Isnin lalu bahawa bekas pemain bola sepak Brazil itu sedang dalam proses pemulihan di sebuah unit rawatan rapi (ICU).

Namun, dalam kemas kini tentang kesihatan Pele pada Rabu, pihak hospital tidak menyatakan sama ada dia masih lagi dirawat di unit ICU atau sebaliknya.

Menurut Hospital Albert Einstein, tumor tersebut dikesan semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atas bekas legenda bola sepak itu.

Pele merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang berjaya membantu Brazil memenangi tiga Piala Dunia iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970. – Agensi



Selepas buang tumor lagenda Pele semakin pulih

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker