Mahathir Guna “Bersih” Desak Agong Jangan Beri Pengampunan Pada Najib?

Oleh Tun Teja

KINI Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menjalani hukuman penjara setelah usaha mengetengahkan bukti baharu yang mampu membebaskan beliau dan permohonan menukar hakim yang berkemungkinan tinggi mempunyai konflik kepentingan dalam perbicaraan SRC menemui jalan buntu. Kes SRC tersebut dijalankan secara tergesa-gesa.

Desas desus bertiup kencang mengatakan Mahathir merupakan tangan ghaib yang mengatur agar Datuk Seri Najib dipenjarakan.



Walaupun beliau sudah berada dalam penjara namun Mahathir dikatakan masih tidak berpuas hati. Mahathir masih berterusan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mendesak Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah agar tidak memberi pengampunan kepada PM ke 6 itu.

Tidak cukup dengan kenyataan berbaur hasutan bersilih ganti, Mahathir dikatakan turut menggunakan platform kumpulan reformasi sistem pilihan raya, Bersih yang sering menimbulkan huru hara dalam negara kita untuk memberi tekanan kepada Agong agar tidak memberi pengampunan kepada Najib.

Petisyen “Bersih”dalam talian yang hanya ditandatangani 35,000 orang itu memohon Agong tidak memperkenan pengampunan diraja terhadap pemenjaraan Najib Razak berhubung kes SRC International.



Petisyen itu dimulakan ekoran gesaan daripada penyokong Najib mahu bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan diraja. Kumpulan penyokong Umno menghantar memorandum kepada Istana Negara memohon pengampunan diberikan kepada Datuk Seri Najib yang menjadi mangsa penganiayaan politik.

Dalam masa yang sama, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara turut menuntut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghantar surat kepada Agong memohon pengampunan kepada Najib.

Kita tahu sokongan terhadap Datuk Seri Najib bertambah kuat ketika beliau dianiaya ini. Rakyat melihat bagaimana seorang pemimpin yang menjaga rakyat dengan sepenuh jiwa raga beliau mendapat perbicaraan yang tidak adil. Itu dikatakan asas utama untuk mendapatkan pengampunan DiRaja.

Tambahan pula denga keberanian Datuk Seri Najib yang melafazkan sumpah laknat sebenarnya membuka mata ramai pihak mengenai penganiayaan yang sedang beliau hadapi. Kita tahu tidak ada seorang pemimpin pembangkang pun berani melafazkan sumpah laknat seperti Datuk seri Najib.



Berani kerana benar, Takut kerana salah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker