Sunday, June 9, 2024

Creating liberating content

JHL Rampas Haiwan Dilindungi...

SANDAKAN - Jabatan Hidupan Liar merampas haiwan yang dilindungi daripada dua lelaki selepas...

Jam Tangan Catat Rekod...

GENEVA - Jam tangan emas jenama Patek Philippe mencatat rekod lelongan paling mahal...

Agong Rasmi Istiadat Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Isnin...

70 Peratus Manifesto Berjaya...

MELAKA - Sebanyak 70 peratus daripada 31 inisiatif yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan...

Aktifkan Pelan Kontigensi Kesihatan Di Sekolah Jika Perlu

Putrajaya : Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk mengaktifkan pelan kontigensi kesihatan susulan peningkatan kes Covid-19 dan penularan Penyakit Seperti Influenza (ILI) di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pengaktifan pelan itu perlu mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu.

“Dalam tempoh dua tahun, sudah banyak yang kita pelajari dan apa yang penting ialah segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM akan kita patuhi.

“KPM sentiasa berbincang bagi memastikan walaupun dalam keadaan influenza atau Covid-19 sedikit meningkat, namun kita masih boleh meneruskan sesi persekolahan dalam keadaan selamat dan teratus.

“Kita sudah melalui keadaan yang sukar sebelum ini, dan kita boleh aktifkan apa sahaja pelan yang sudah ada, namun apa yang penting sebelum kita buat sebarang keputusan, KPM akan bincang dengan KKM,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Liga Tunas Malaysia di Stadium Mini Pancarona, Presint 18, hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes ILI membabitkan kes Covid-19 di seluruh negara menunjukkan peningkatan 8.5 peratus kepada 11.5 peratus berbanding 10.6 peratus sebelumnya.

Berikutan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya bersiap sedia untuk menambah jumlah katil jika berlaku peningkatan pesakit ILI di hospital.

Sementara itu, mengulas mengenai Liga Tunas, Radzi berkata, ia memberi peluang kepada pihaknya dan KBS mencungkil bakat bola sepak dalam kalangan murid lebih awal serta membolehkan mereka menyertai lebih banyak pertandingan.

“Di setiap daerah kita akan mengambil lapan pasukan teratas dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi.

“Malah liga ini juga akan menjadi platform kepada KBS atau persatuan sukan mencungkil bakat baharu dalam bidang bola sepak,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori