Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Hampir 4,000 Penyimpan TH...

KUALA LUMPUR - Tengoklah apa yang sudah jadi. Gara-gara termakan fitnah pembangkang khasnya...

Malaysia Kekal Sokong Konsensus...

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia akan terus bekerja rapat dengan ASEAN bagi membantu Myanmar...

Kes Pinda Laporan Audit...

KUALA LUMPUR - Prosiding bagi mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda...

Video: Wanita Gelak Sakan...

KEGILAAN apakah ini?Di saat ramai mempertikaikan pengharaman rokok vapor kerana ketiadaan bukti jelas...

Mahkamah Jalan Prosiding Tanpa OKT, Peguam Disapina

KUALA LUMPUR – Sebuah mahkamah di Ampang didakwa bertindak meneruskan perbicaraan kes seorang pemimpin UMNO, Isnin lalu walaupun mengetahui peguam yang mewakilinya dikenakan sapina.

MalaysiaGazette dimaklumkan, mahkamah terbabit menunjukkan sikap pelik dan tegas tidak bertempat apabila prosiding itu diteruskan tanpa memberi peluang kepada peguam gantian meneliti dokumen pertuduhan terlebih dahulu.

“Tiada tolak ansur langsung dan perkara ini tidak pernah berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Peguam yang mewakili pemimpin UMNO itu pula diberikan sapina dan kini diminta menjadi saksi dalam salah satu daripada kes yang dihadapinya.

“Apa sebenarnya cuba dilakukan oleh pihak mahkamah ini? Adakah pihak mahkamah ini diarahkan pihak-pihak tertentu untuk meneruskan prosiding tanpa mengendahkan keadaan (kesihatan) pemimpin UMNO itu,” kata sumber MalaysiaGazette, hari ini.

Sementara itu, sumber turut memberitahu, pihak mahkamah terbabit turut meneruskan prosiding kes sama pada hari kedua perbicaraan semalam walaupun tanpa kehadiran pemimpin UMNO dari utara Selangor itu.

Menurut sumber, kegagalan pemimpin UMNO itu hadir ke perbicaraan kesnya itu disebabkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan diberikan cuti sakit oleh sebuah klinik di Ampang pada hari sama.


Bagaimanapun pihak mahkamah terbabit tidak mengendahkan makluman sijil cuti sakit itu melalui pihak peguam tanpa kehadiran pemimpin UMNO berkenaan.

“Di mana perginya sifat kemanusiaan mahkamah ini?

“Walaupun pemimpin UMNO itu berdepan beberapa pertuduhan jenayah, namun beliau berhak mendapat cuti sakit dan keadaan kesihatannya perlu diambil kira sebelum meneruskan prosiding,” kata sumber. – MalaysiaGazette

Kategori