Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Presiden Gerakan Angkat Sumpah...

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Pengarah TalentCorp Malaysia Datuk...

Prestasi Menteri Amanah Hanya...

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik berpendapat setelah enam bulan mentadbir Putrajaya, menteri daripada...

Kerajaan PH Gagal Tunai...

HARAPAN rakyat untuk menikmati janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menghapuskan semua tol...

Bilionair Bertegas Tempat Tinggal...

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur adalah tempat tinggal sebenar saya, kata Tan Sri...

Rumah Musnah Terbakar Sebelum Bersahur

TAWAU – “Saya sudah sediakan juadah untuk bersahur, tapi kami anak beranak tak sempat menjamahnya selepas rumah hangus terbakar.”

Demikian luah Mariana Mapaenre, 31, antara mangsa kebakaran membabitkan lima rumah dan sebuah rumah kongsi tiga pintu di Kampung Merotai Besar, di sini, tengah malam tadi.

Kebakaran bermula kira-kira jam 12.30 tengah malam itu mengakibatkan 43 penghuni daripada 11 keluarga hilang tempat tinggal.

Menceritakan kejadian itu, Mariana berkata, dia sudah membuat persiapan awal untuk bersahur iaitu menyediakan ayam masak lengkuas yang menjadi kegemaran keluarganya.

Katanya, ketika kejadian mereka lima beranak nyenyak tidur sebelum dikejutkan bunyi bising dan riuh rendah di luar rumah yang mulanya disangka kumpulan budak kampung mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur.

“Apabila keluar, saya terkejut melihat api sudah marak di rumah jiran sambil orang ramai menjerit minta kami menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin, berkata seramai 26 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan jam 12.42 malam.

Operasi memadam kebakaran mengambil masa lebih empat jam untuk tamat sepenuhnya.


Sementara itu, kesukaran mendapatkan sumber air mengakibatkan lima rumah hangus dalam kejadian berasingan di Kampung Bum-Bum, Semporna.

Dalam kebakaran jam 1.16 pagi itu, bomba terpaksa merobohkan struktur berhampiran bagi mengelak api merebak seterusnya kemungkinan menyebabkan lebih banyak rumah musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata pihaknya yang dibantu Pasukan Polis Marin terpaksa membuat ‘fire break’ berikutan kawasan perkampungan atas air itu tiada sumber air terbuka, selain air laut surut ketika kejadian.

Kaedah ‘fire break’ digunakan ialah merobohkan struktur berhampiran bagi membantu mengawal kebakaran di kawasan yang tidak mempunyai air.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.50 pagi,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori