Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Harga Sayur Dijangka Kembali...

BERA - Kenaikan harga sayur dan ikan terutama di negeri terjejas banjir dijangka...

Ibu Bapa Perlu Pantau...

PORT DICKSON - Ibu bapa perlu memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak ketika melancong...

Malaysia Serius Atasi Isu...

KUALA LUMPUR - Malaysia bukan saja bercadang mengadakan sidang kemuncak mini ASEAN bagi...

Siasat Segala Kemungkinan Kes...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat segala kemungkinan dalam kes...

Kartunis Bebas Bersuara Selagi Tidak Langgar Etika

KUALA LUMPUR – Kartunis kontroversi, Zunar sememangnya sinonim dengan karya-karya berbaur hasutan terutama sekali melibatkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selaku spengkarya seni, Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque wajar menggunakan bakat dimiliki pada landasan betul, bukannya menjadikan karya seni sebagai alat provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Menurut Presiden Kelab Kartunis Malaysia, Mohd. Desa Omar atau lebih dikenali sebagai Juragan, terdapat beberapa pantang larang atau etika dalam penghasilan karya atau kartun yang tidak boleh dilanggar.

Beliau yang ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini sempena Perhimpunan Agung UMNO berkata, antara yang perlu diketahui ialah kartunis tidak boleh menghina atau mengecilkan hati orang lain.

Baca: Pameran Kartunis Biadap Zunar Digempur Pemuda

Kartunis Bebas Bersuara Selagi Tidak Melanggar Etika

Kartunis Bebas Bersuara Selagi Tidak Melanggar Etika

“Kalau kita ikut apa yang diajar dan diasuh pada zaman saya di bawah bimbingan Raja Kartun Malaysia, Allahyarham Rejab Had, terdapat beberapa pantang larang yang tidak boleh dilanggar kartunis.

“Ini termasuk kita langsung tidak boleh menghina orang lain, tidak boleh kecilkan hati orang lain, dan ingat bahawa tugas kita adalah menghibur khalayak sambil mendidik,” kata Juragan lagi.


Bercakap pada Pameran Kartun dan Komik Wasatiyyah dan Perjuangan anjuran Institut Wasatiyah Malaysia di PWTC, beliau menambah, ada juga karikatur yang boleh dihasilkan oleh kartunis sebagai berbentuk kritikan,

Namun ujar Juragan, ia tidak menyasarkan langsung kepada puncak pimpinan atau kerajaan tetapi yang diketengahkan adalah teguran terhadap dasar-dasar yang dijalankan jika dirasakan sebagai tidak benar.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa hak kebebasan bersuara dalam kalangan kartunis di Malaysia pada masa ini masih lagi berada pada tahap terkawal.

Justeru Juragan tidak menganggap Zunar satu ancaman meskipun karya yang dihasilkannya banyak menerima pengiktirafan dari organisasi tertentu dari luar negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori