Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

KL2017: Masoc Lancar Program...

KUALA LUMPUR - Bagi memperkasakan kempen Inisiatif Hijau sempena penganjuran Sukan SEA ke-29...

Perpustakaan Foshan Dari China...

KUALA LUMPUR – Perpustakaan Foshan dari China hari ini menerima Anugerah Perpustakaan Hijau...

VIDEO: Teknik Terbaru Curi...

Kes kecurian kenderaan pada zaman sekarang biasa berlaku meski pun melibatkan kenderaan mewah.Namun...

Polis Sita Aset Ketua...

CHERAS - Polis menyita sejumlah aset dipercayai ada kaitan dengan ketua sindiket pengedaran...

Guru Didik Pelajar Bahaya Rasuah, Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap warga pendidik mampu menggalas tanggungjawab untuk membimbing pelajar dan generasi muda mengenai bahaya amalan rasuah dan salah guna kuasa kepada negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kumpulan pendidik boleh bersama SPRM menjayakan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) iaitu satu revolusi sosial untuk mencetus gelombang dan perubahan dalam kalangan masyarakat bagi memerangi jenayah berkenaan khususnya di peringkat awal usia.

“Pendidik perlu memainkan peranan penting mendidik serta menjadi contoh kepada pelajar supaya menolak, sekali gus membenci gejala rasuah yang mampu menjatuhkan imej serta martabat negara.

“SPRM akan terus memperkasakan usaha pencegahan rasuah tetapi usaha itu bukan tanggungjawab SPRM semata-mata malah golongan pendidik perlu berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan masalah golongan muda terlibat rasuah dapat ditangani dengan lebih berkesan dan menyeluruh,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena Hari Guru yang disambut di seluruh negara hari ini.

Dzulkifli yang mewakili seluruh warga SPRM turut mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik sempena sambutan pada 16 Mei setiap tahun. – BERNAMA

Kategori