Tuesday, June 11, 2024

Creating liberating content

Santuari Gajah Johor Siap...

KOTA TINGGI – Fasa pertama projek pembinaan Santuari Gajah Johor (JES) di sini...

Penerbangan Sulung AirAsia Shenzhen...

LANGKAWI – AirAsia Bhd mengadakan sambutan bagi penerbangan sulung dari Shenzhen ke Langkawi...

74 Mangsa Masih Ditempatkan...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir yang masih berada di tiga pusat pemindahan...

Tempat Rekreasi Di Kedah...

ALOR SETAR - Semua kawasan rekreasi air terjun yang dianggap berisiko di negeri...

Lebih 4,000 Unit PPA1M Dibina Di Sabah – Borhan

KOTA KINABALU – Sejumlah 4,735 unit rumah di bawah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sedang dibina di seluruh Sabah sehingga Julai tahun ini, kata Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dolah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sejumlah 100 unit rumah di Bandar Seri Indah, Tawau telah siap dibina dan pembeli telah menerima kunci rumah dalam satu majlis penyerahan yang diadakan pada awal Ogos lepas.

Borhan berkata kerajaan amat menggalakkan penjawat awam khususnya di Sabah memiliki rumah sendiri melalui PPA1M sebagai persediaan bagi memastikan mereka mempunyai aset apabila bersara kelak.

“Tambahan pula, dalam Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan tidak membina kuarters bagi penjawat awam kecuali untuk anggota keselamatan.

“Ini kerana kerajaan menerusi polisi PPA1M ingin menggalakkan penjawat awam membeli rumah dan memiliki aset sendiri daripada terus menduduki kuarters (sepanjang perkhidmatan),” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Majlis penghargaan itu dibuat sempena pengambilalihan semula 296 unit rumah di Taman Indah Permai daripada UMS yang menggunakan kediaman persekutuan itu sebagai asrama sementara untuk para pelajar universiti berkenaan sejak 1998.


Borhan berkata rumah teres dua tingkat itu diserahkan secara berperingkat melalui tiga fasa bermula pada Mei 2013, Julai 2014 dan Julai 2016 berikutan pihak UMS sudah mempunyai unit asrama yang mencukupi untuk para pelajar.

Katanya, kediaman yang akan digunakan sebagai kuarters bagi penjawat awam persekutuan di Sabah itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, gelanggang bersukan, selain beberapa inisiatif pembangunan komuniti akan dilaksanakan seperti taska dan tadika Kemas serta kelas Kafa.

Borhan berkata pejabat pentadbiran persekutuan Sabah merekodkan sejumlah 501 unit kuarters di seluruh negeri, namun, lebih 1,000 penjawat awam masih menunggu permohonan kuarters dengan Kota Kinabalu mencatatkan senarai menunggu tertinggi iaitu seramai 1,144 pemohon.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS Jorin Matawas berkata pihak UMS melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan menyediakan kediaman itu sebagai asrama sementara UMS selama 18 tahun. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPA1M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori