Peralatan Jailbreak Evasi0n Dilepaskan Untuk iOS 7

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Team Evad3rs terlah melepaskan peralatan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang telah mengemas kini iOS mereka kepada versi 7. Evasi0n untuk peranti Mac dan Windows merupakan “Untethered Jailbreak” boleh didapat di laman web mereka iaitu: [Link]

Perkara yang perlu dilakukan:

  • 5 minit dari masa anda
  •  Sebuah komputer yang menjalankan sistem operasi sekurang-kurangnya Windows XP, Mac OS X (10.6 minima), atau Linux x86 / x86_64.
  • iTunes dipasang jika tiada muat turun di sini: [x86] [x64]
  • Sebuah iPhone, iPad ataupun iPod yang menjalankan iOS 7.0 hingga 7.0.4. (Boleh periksa versi iOS anda di Setting > General > About > Version.
  • Kabel USB untuk menyambungkan peranti anda ke PC.

Jailbreak menyokong peranti tersebut:

  • iPhone 5s, iPhone 5c, iPhone 5, iPhone 4S, iPhone 4, iPhone 3GS
  • iPad Air, iPad 4, iPad 3, iPad 2
  • Retina iPad mini, iPad mini
  • iPod touch 5G

Nota 1: Sila pastikan aplikasi jailbreak dan tweak dari Cydia yang bersandarkan pada MobileSubstrate mungkin ade masalah dengan evasi0n7 untuk iOS 7. Contoh aplikasi seperti iBlacklist. Jadi adalah disarankan jika aplikasi tersebut tidak menyokong iOS 7, jangan gunakannya atau peranti anda akan terperangkap pada boot-loop.

Nota  2: Jika anda gagal untuk jailbreak peranti anda disebabkan anda kemas kini iOS anda melalui OTA(over-the-air), sila buat fail sandaran (backup) menggunakan itunes dan restore semula peranti anda mengunakan itunes dan jailbreak semula.

Selamat Jailbreaking

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img