Supertuxkart : Permainan Yang Menceriakan

Lama sungguh rasanya tak update. Mr.Hac baru balik dari bercuti. Maaf kiranya ada antara anda yang bosan menunggu entri baru. Oleh itu Mr.Hac bawakan kepada anda entri yang ‘ringan’ untuk permulaan sekembalinya Mr.Hac ke sini ok?

Mr.Hac baru lepas pasang sebuah permainan (game) pada Linux Mint yang diberi nama sebagai Supertuxkart. Permainan ini telah mengingatkan Mr.Hac kepada Crash Bandicoot, permainan perlumbaan kereta kecil kart dengan haiwan sebagai watak utamanya dan anda boleh menggunakan pelbagai ‘keistimewaan’ yang diperolehi di pertengahan perlumbaan dan memanipulasikannya untuk mencapai kemenangan.

Antara keistimewaan yang dimaksudkan itu ialah kebolehan untuk menembak kereta lawan dengan menggunakan bom. Cara mendapatkannya ialah dengan melanggar kotak-kotak yang terdapat pada jalan dan setelah melanggar, anda akan mendapat pelbagai jenis keistimewaan secara rawak.

Berikut adalah beberapa paparan skrin (screenshot) dari permainan ini:

Untuk pengetahuan anda, permainan ini hanya untuk Ubuntu dan Linux Mint sahaja. Untuk Windows.. Errr.. Anda buat dual boot dengan Ubuntu atau Linux Mint sahajalah ya! Untuk Windows memang tiada..

Mr.Hac menggalakkan anda mencuba permainan ini kerana yang pertamanya, ia adalah permainan dengan paparan 3D, yang kedua ianya PERCUMA dan yang ketiga disebabkan ia percuma, anda tidak perlu mencari patch atau crack dan terdedah kepada virus. Tambahan lagi, ia amat menyeronokkan! Anda tidak akan bosan lagi pada waktu lapang anda.

Untuk memasangnya, jika anda pengguna Ubuntu, anda boleh memasangnya melalui Ubuntu Software Center, dan jika anda pengguna Linux Mint, sila pasangnya melalui Software Manager. Jika anda pengguna Windows pula, anda boleh muat turun fail pemasangnya (installer) di sini -> Supertuxkart 0.7.2
Eh.. alamak! Kantoi pulak! Ada la untuk pengguna Windows! Saja je nak buat gempak sikit!
Sedih ke tadi? Hahahah!

Chow sin chiiiiii..!!

RUJUK:

1. Supertuxkart

2. Blog – Supertuxkart

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img