Verstappen tampil dominasi GP Jepun

Verstappen tampil dominasi GP Jepun

Verstappen tampil dominasi GP Jepun
VERSTAPPEN meraikan kejayaannya menjuarai saingan F1 pada GP Jepun di Litar Antarabangsa Suzuka semalam. – AFP

TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP) Jepun saingan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Suzuka semalam.

Pada perlumbaan tersebut, Verstappen yang gagal menyer­lah pada perlumbaan GP Singa­pura awal bulan ini berjaya tampil garang untuk meraih tempat pertama dengan dua pelumba McLaren, Lando Norris di kedudukan kedua dan Oscar ­Piastri melengkapkan podium.

Kata Verstappen, kemenangan itu adalah hadiah buat pa­sukan Red Bull selepas mengesahkan kejayaan selaku juara dunia kategori pengeluar F1 buat musim kedua berturut-turut.



“Ini adalah kemenangan yang cukup istimewa buat saya kerana bukan mudah untuk bangkit semula menduduki pentas podium.

“Malah, kejayaan ini dapat membantu pasukan mengesahkan kejuaraan dunia kategori pengeluar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




“Sudah tentu saya cukup berbangga kerana kita mengharungi musim yang cukup hebat dan pujian wajar diberikan kepada semua tenaga kerja di belakang tabir yang sentiasa bekerja keras bagi meningkatkan prestasi jentera kami,” katanya.

Verstappen berpeluang untuk muncul juara dunia buat kali ketiga berturut-turut andai berjaya memenangi GP Qatar di Litar Antarabangsa Losail pada 8 Oktober depan.

Sementara itu, Piastri mengakui tidak dapat menahan rasa teruja apabila meraih kedudukan podium buat kali pertama dalam kariernya pada perlumbaan permotoran No. 1 dunia itu.

“Perasaan saya ketika ini cukup luar biasa dan kejayaan ini akan saya kenang sampai bila-bila. Secara jujur, ia bukanlah perlumbaan terbaik tetapi saya masih mampu mencipta sejarah peribadi untuk raih podium pertama,” katanya. – AGENSI



Verstappen tampil dominasi GP Jepun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button