Berita

Khidmat MPP Penting Pastikan Rakyat Mendapat Pembelaan – Ketua Kampung

PUTRAJAYA – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) adalah penting dalam hasrat untuk memastikan keseluruhan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dan tidak ada yang tercicir atau ketinggalan dalam aspek pembangunan dan kemajuan, kata Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata MPP diintegrasikan bagi membantu penyelarasan dan penyediaan saluran-saluran untuk suara rakyat lebih didengari dengan mudah serta meluas.

“MPP juga adalah satu majlis yang membuatkan lebih ramai pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi dapat bergerak dengan lebih mudah dan berkesan dalam memberi sistem perkhidmatan serta menyumbang bakti kepada peningkatan kesejahteraan rakyat,” katanya.


Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atau lebih mesra dikenali dengan panggilan ‘ketua kampung’ berkata demikian dalam Program Sembang Santai bersama MPP Subzon 2, Presint 9, hari ini.

Katanya, antara objektif utaman MPP ialah menjadi peyampai maklumat program kerajaan dan menerima ‘feed back’ rakyat.

“Saya mohon semua pihak untuk kekal ‘Bersatu Bersetia dan Berkhidmat’ kepada masyarakat kerena inilah asas MPP, memastikan isu-isu perbandaran dapat disalurkan kepada kerajaan untuk ditangani dengan cepat dan rakyat dapat hidup
dengan selesa,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya