TEKS BAHASA ARAB
حديث: "جَنِّبُوا صِبْيَانَكُمْ مَسَاجِدَكُمْ"
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Jauhkan kanak-kanak kamu dari masjid-masjid kamu”.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 25, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي في المقاصد: ضعيف ولكن له شاهد بأسانيد لا تخلو عن ضعف
Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: Hadith ini dhaif tetapi mempunyai sokongan dengan sanad-sanad yang tidak terlepas daripada kedhaifan.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.