ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bermaz Auto lancar Peugeot 2008 – Varian tunggal, harga bermula dari RM126,753

Berita Tempatan

Views

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd hari melancarkan model SUV kompak Peugeot 2008 dan dalam masa yang sama merasmikan pusat pameran andalan Peugeot 3S Glenmarie.

Model 2008 hanya ditawarkan dalam satu varian, iaitu Peugeot 2008 1.2L Allure dengan tanda harga bermula dari RM126,753 (harga atas jalan tanpa insurans).

Model pemasangan tempatan (CKD) di kilang pengeluaran Stellantis di Gurun, Kedah ini ditawarkan dengan empat pilihan warna, iaitu Amazonite Grey, Pearl White dan Nera Black termasuk satu warna eksklusif khusus untuk model ini, Orange Fusion.

SUV kompak yang telah melalui ujian ketahanan 200,000 kilometer di Malaysia ini didatangkan dengan jaminan standard pengeluar selama 5-tahun, dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan sehingga 100,000km yang mana terdahulu.

Selain itu, model ini turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 3-tahun dengan had perbatuan sehingga 60,000km yang mana terdahulu.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Peugeot 2008 dikuasakan oleh enjin petrol 1.2 liter tiga-silinder cas turbo PureTech yang mampu menjana 130 kuasa kuda dan 230 Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi automatik enam-kelajuan, yang membolehkan penukaran gear lebih pantas.

Reka bentuk model ini menampilkan yang anggun dan bergaya. Ia menampilkan garisan badan dan perkadaran yang seimbang. Rekaan hadapannya menonjolkan jeriji yang garang, bonet yang berlekuk dan lampu siang LED (DRL) ‘berbentuk kesan cakar’ yang terletak di bahagian bawah lampu depan LED sepenuhnya.

Antara ciri-ciri menarik bahagian luaran model ini termasuklah:

  • Rim aloi 17-inci kemasan Potongan Berlian yang dicat dengan warna Black Onyx
  • Kemasukan Nirkunci (dengan fungsi nyahkunci automatik dan mengunci semasa beredar)
  • Penderia parkir depan dan belakang bersama kamera belakang
  • Rel para bumbung
  • Cermin sisi boleh lipat dengan pemanas elektrik

Di bahagian kabin, ia masih membawa ciri rekaan Peugeot i-Cockpit® yang menampilkan stereng kompak untuk pengendalian dan cengkaman  lebih baik, skrin sesentuh Definisi Tinggi (HD) bersaiz besar dan paparan  dongak kelompok instrumen 3D yang inovatif.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Antara ciri-ciri menarik di ruangan kabin termasuklah:

  • Sistem infohibur dengan skrin sesentuh bersaiz 7-inci yang serasi dengan Apple CarPlay® dan Android Auto™
  • Kawalan iklim Zon-Tunggal automatik
  • Kemasan tempat duduk kulit
  • Brek parkir elektronik
  • Pemilih Mod Pandu (Normal, Eco dan Sport)
  • Pencahayaan mood

Dari segi keselamatan dan bantuan pemanduan, Peugeot 2008 didatangkan dengan Visiopark 1 yang merangkumi kamera pandang belakang 180°, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Tumpuan Pemandu, Pemantau Titik Buta dan Brek Keselamatan Aktif.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan standard termasuklah 6 beg udara SRS, Bantuan Mula Mendaki dan Program Kestabilan Elektronik yang merangkumi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Daya-Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek Kecemasan (EBA).

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd turut merasmikan pusat pameran Peugeot 3S Glenmarie yang merupakan bilik pameran pertama menampilkan identiti jenama terbaharu Peugeot. Pusat 3S ini mempunyai bilik pameran yang luas dan boleh mempamerkan sehingga 6 buah model Peugeot dalam satu-satu masa.

Ia turut dilengkapi dengan21 ruangan servis yang boleh menampung sehingga 35 buah kenderaan setiap hari. Pelanggan juga boleh menunggu kenderaan dengan selesa di lounge yang turut menyediakan Wifi percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply