ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kuatkuasa penggunaan CRS – JPJ tunggu ‘lampu hijau’ Kementerian Pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Pengangkutan untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, sehingga kini pihaknya hanya melaksanakan tindakan secara advokasi iaitu memberi nasihat terhadap pengguna jalan raya yang tidak menggunakan kerusi berkenaan.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Beliau berkata setakat ini, JPJ sudah mengeluarkan 1,897 notis peringatan terhadap pengguna jalan raya bermula awal tahun ini sehingga 30 Jun lalu. Katanya, kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System‘ ini termasuk dalam Akta JPJ 1987 dan sepatutnya pelaksanaannya pada Jun tahun ini.

Namun ia ditangguhkan pada satu tarikh lain oleh pihak kementerian berikutan penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan CRS ini akan dilakukan apabila JPJ menerima arahan selanjutnya daripada kementerian. Tambah beliau, statistik pada 2016 hingga 2018 menunjukkan sebanyak 1,707 kemalangan berlaku membabitkan kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Jelasnya, kemalangan berkenaan kebanyakannya membabitkan kanak-kanak seusia bayi hingga mereka yang berumur 15 tahun berdasarkan sumber Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman. Dalam pada itu, Shaharuddin menasihatkan masyarakat terutama pengguna jalan raya tidak bersikap sambil lewa terhadap isu ini.

Ujar beliau, CRS ini penting kepada kanak-kanak memandangkan mereka terutama bayi amat mudah terdedah kepada kecederaan serius kerana mempunyai otot bahagian tengkuk yang lemah berbanding orang dewasa. Tahun lalu, kerajaan mengumumkan penggunaan CRS di dalam kenderaan persendirian bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak daripada kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Langkah baharu itu juga susulan statistik membimbangkan iaitu 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017. Bagaimanapun, tiada saman dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan CRS, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang bersifat mendidik terlebih dahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Selangorkini.mykerusi

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply