Ingat tak lagi klon Evoque dari China? Inilah syarikat sama yang mengeluarkan klon tersebut, namun mungkin kali ini mereka sudah bertaubat dan mengeluarkan rekaan mereka tersendiri. Land Wind Daoyao yang sebelum ini dikenali dengan E33 bakal dilancarkan ke pasaran China pada separuh kedua 2017. Rekabentuknya telah pun dimuktamadkan, dan mungkin versi produksi nanti akan diolah sedikit pada bahagian lampu dan bumpar belakang.
Jika diperhalusi rekabentuknya, ada sedikit sentuhan rekabentuk Infiniti QX30 pada model ini namun ia tidaklah begitu ketara. Daoyao akan menggunakan jantung dari Mitsubishi, enjin 4A91T 1.5 turbo dengan 150hp dan 210Nm tork yang dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan atau CVT. Land Wind bakal meletakkan tanda harga bermula 90,000 Yuan (RM57,7100) hingga 130,000 Yuan (RM83,360) untuk model ini.
Buat masa ini rekaan dalaman masih lagi misteri kerana model yang dipamerkan di Guangzhou Auto Show 2016 ini hanya boleh dilihat dari jauh dan dilarang untuk mendekatinya. Menarik juga rekabentuk Land Wind Daoyao ni kan? Harganya pun boleh tahan, takde lah melampau sangat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Company ni dikenali dengan copy paste tanpa lesen kemudian rebadge pun tanpa lesen. Dengan nama lain cetak rompak. Berbeza dengan perodua copy paste engineering berlesen kemudian rebadge engineering pun berlesen.
ada aku kesah… janji aku launch, aku deliver
quite astonishing,