#4 – Saya tak keseorangan


Now more that ever, i started to doubt my decision.

Resolusi saya untuk tegar dengan berprinsip berdasarkan apa yang sepatutnya saya buat, berbanding dengan apa yang sudah menjadi kebiasaan tapi sebenarnya salah.

Berbinar rasanya pemikiran. Doa telah saya panjatkan tatkala meminta jawapan atau petunjuk atau apa sahaja untuk memberi sesuatu panduan.

Fainna maal usri yus rho. Inna maal usri yus rho. Terngiang doa Surah Al- Insyirah tatkala saya terlekat dalam kesesakan lalulintas luar biasa kearah Jalan Duta tadi lewat petang.

Ya Rabb. Sesaknya kepala. Lailahailla anta, subhana inni kuntu minazzolimin. Sesungguhnya aku antara orang-orang yang menzalimi diri sendiri.  Siapa suruh keluar waktu sebegini?? “Apakah ketenangan yang sepatutnya aku dapat dari jem ini?”

Tanda lampu tangki minyak sudah naik kuning. Berpeluh. Pertama kerana saya sudah tutup penghawa dingin. Kedua, anda tahu kenapa. Doa Nabi Yunus dibaca lagi berulang-ulang.

Ajaibnya, tiba-tiba lampu kuning itu padam dan tanda aras minyak naik sedikit. Subhanallah!

Hampir ½ jam saya tersangkut di jalan itu menuju Hentian Duta sampai tanda kuning itu naik kembali buat kali kedua. Alhamdulillah saya sudah sampai di destinasi.

Selesai mendapatkan tiket, saya dan Mama melepak dahulu menunggu kesesakan surut. Ya Rabb. Berilah kesabaran.

Sedang saya menunggu Mama solat di surau, saya merentas kedai majalah untuk mencari bahan bacaan. Terpapar Majalah LISA seperti memanggil empunya badan, bermukadepan Shila Hamzah edidi Nov/Disember. Sudah lama saya tak membeli majalah sebegini, entah kenapa tiba-tiba terpanggil.

Jawapan saya rupanya ada di dalam itu.

Sejam kemudian, dalam mengharungi kesesakan bandaraya untuk pulang, berjumpa akhirnya dengan stesen minyak dan kembali pulang hingga sekarang, terngiang jawapan Shila Hamzah tatkala menjawab kisah Shahnaz, buah hatinya mengajak dia bertemu buat kali pertama:

::Shila Hamzah. I respect you. And for now it turns out so well for her. Alhamdulillah.:

Wow. Saya ingat saya keseorangan dalam keputusan ini. Now I don’t feel so alien.

Saya dapat ketenangan dalam jawapan Shila Hamzah, of all person.

Alhamdulillah. Allah itu Maha Misteri dalam memberi jawapan.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.