KELAKUAN UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN


PERSPEKTIF kali ini akan membicarakan tajuk HANGAT di atas yang menimpa umat Islam ketika ini untuk sama-sama kita renungi sebagai pedoman dan untuk keinsafan diri kita.  Apa yang saya tuliskan ini adalah bedasarkan faktor-faktor yang berlaku di sekeliling kita setiap hari.  Yang saya ketengahkan ini bukan hanya rekaan semata-mata tetapi ianya berdasarkan realiti yang berlaku ketika ini di kalangan umat Islam.

picture7

Gejala-gejala yang tidak sihat yang datang daripada perang saraf dan gerak saraf musuh adalah untuk melemahkan ketahanan iman umat Islam, perpaduan serta ilmu pengetahuan islam. Musuh jika menyerang dari aspek yang lain seperti kekayaan, ketenteraan, itu hanyalah serangan kekuatan sampingan, bukan serangan terhadap kekuatan umat yang utama.

picture9

Di akhir zaman ini sudah ramai umat Islam yang terpesong jauh daripada ajaran Islam hingga terlupa bahawa apa yang kita lakukan akan di lihat oleh Allah SWT.  Hinggakan di antara umat Islam itu tidak terasa lagi peranan Allah SWT di dalam kehidupan. Walaupun umat Allah SWT percaya adanya Tuhan, tapi pada umatNya kehidupan ini seolah-olah tiada campur tangan Tuhan.  Boleh dikatakan, sudah ramai umat Islam yang ‘tidak perlukan’ Tuhan.

picture8

jom-taubat

Jika mereka pandai, pada mereka ini adalah disebabkan usaha mereka semata-mata, tidak kena-mengena dengan Allah.  Jika mereka kaya, berpangkat atau berkuasa, ia adalah kerana kemampuan mereka.  Pada mereka, Tuhan sudah tiada kuasa menentukan nasib mereka.  Pada mereka, Tuhan itu hanya sekadar ada, peranan-Nya kepada manusia seolah-olahnya tidak ada.  Cuma sekali-sekala terasa Tuhan diperlukan, setelah mereka tidak ada kuasa pada diri mereka, seperti sakit, miskin atau dianiaya sesama mereka.  Barulah mereka mula berdoa atau meminta kawan-kawan menolong mendoakan keselamatan mereka.  Setelah baik atau senang semula, mereka lupa kembali kepada Allah.  Dia tidak diperlukan pula.

Di akhir zaman ini yang kelihatan beragama pun seperti masih bersolat, berpuasa, naik haji, sama sahaja.  Pergi balik ke surau atau masjid ertikata lain tidak tinggal solat berjemaah tetapi jauh didalam hati terlekat seketul darah yang ego, sombong lagi bongkak.  Tidak menonjolkan ciri-ciri saorang Islam yang berpegang pada beragama.  Walaupun bersedekah, hanya sekadar mahu menonjolkan perbuatannya itu.  Apabila ada sahabat atau saudara Islam yang susah, tidak diambil perduli olehnya malah dipandang rendah, umpat mengumpat dan yang paling ketara selepas solat dan masih di dalam surau mengeluarkan cerita kutuk mengutuk keatas orang lain dan ada yang diselitkan dengan cerita-cerita politik semasa.  Orang beragama tidak lagi mencermin sebagai seorang yang pegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenarnya.  Mereka ini lah yang terlalu mementingkan diri sendiri dan adakalanya tidak menghiraukan hal-hal kebajikan orang lain.

Orang beragama dengan tidak beragama sudah sama sikapnya. Maka kesimpulannnya, yang paling rosak di waktu ini adalah aqidah umat Islam. Pada mereka Tuhan ada atau tidak ada sama saja.  Kalaupun percaya adanya Tuhan, Tuhan tidak diperlukan di dalam hidup mereka.  Pergantungan dengan Tuhan sudah tidak ada.  Betapa pulalah untuk ditakuti atau dicinta, langsung tidak ada di dalam perasaan mereka.

Di perengkat kepimpinan negara pula, banyak perkara yang melanggar aqidah umat Islam tidak di pedulikan.  Membiarkan kemungkaran walaupun negara di terajui oleh pemimpin-pemimpin berpegang pada agama Islam.  Walaupun negara mempunyai pakar-pakar Agama dan tidak kurang Menteri yang di amanahkan untuk menerajui soal-soal berkait keugamaan terutama Islam adalah orang yang terpilih yang mempunyai latar belakang agama yang tidak ada tandingan.  Tetapi, usaha untuk membenteraskan kemungkaran yang berlaku hanyalah sebagai menyedapkan hati dan hanya menjalankan tugas untuk negara tetapi bukan tugas yang di turunkan Allah SWT keatas dirinya.  Ini kerana menjaga periuk nasi manusia tetapi suruhan Allah SWT yang sebenarnya tidak di takuti.

picture3

Ada kala maksiat berlaku berdekatan dengan kawasan masjid.  Tetapi ramai yang tidak menghiraukannya tambah-tambah lagi Imam-Imam yang ada.  Sama ada mereka sedar atau sengaja menutup sebelah mata dan telinga.  Mereka selalunya menyerahkan perkara kemungkaran ini adalah tanggungjawab pihak berkuasa agama sahaja dengan melupakan bahawa mencegah kemungkaran itu adalah kewajipan semua umat Islam.

Pihak berkuasa tidak melarang kemungkaran berlaku di sekeliling kita umpaya seperti kanival-kanival yang selitkan dengan hiburan-hiburan yang jauh tergelincir dari syariat Islam.  Konsert-konsert di adakan hingga melalaikan umat Islam untuk melaksanakan suruhan Allah SWT, tanggungjawab menunaikan solat di abaikan hanya kerana hiburan melampaui batas Islam.  Pihak berkuasa juga tidak menghiraukan penampilan artis-artis yang menonjolkan pemakaian menjolok mata di halayak ramai hingga sanggup membenarkannya di siarakan di saluran-saluran televisen di negara ini.  Di manakah orang-orang yang bijak dalam Agama Islam dalam perkara ini.  Terlalu banyak bahasan membasmi permungkaran di adakan di media elektronik hanya terkeluar di mulut sahaja tetapi masih terdapat perkara ini di biarkan bergitu sahaja umpama pelakuan tersebut tidak berdosa kepada orang yang menonton dengan erti kata yang lain itu hak masing-masing.  Ertika Islam sudah tidak ada lagi kepada Umat Islam.  Suruhan Allah SWT di ketepikan.  Hanya pandai bercakap sahaja.

Pihak kerajaan tidak mengetatkan undang-undang berkaitan dengan garisan pernojolan artis berpakain menjolok mata di cetak didalam media cetak, saluran televisen dan sebagainya.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pernah membuat satu Garisan keatas Hiburan yang di benarkan disisi Islam yang berpandukan syariat Islam meliputi persembahan yang dibenarkan, permakaian yang dibenarkan, senikata lagu-lagu yang di benarkan, tetapi tidak dihiraukan atau di ambil perduli Garisan tersebut oleh mana-mana pihak tambah-tambah lagi mereka yang ada kaitan dengan industri hiburan.  Hanya keuntungan yang difikirkan semata-mata dengan mengetepikan larangan Agama.  Saluran relevisen kerajaaan juga menayangkan artis artis melayu beragama Islam yang berpakaian menjolok mata penonton.  Tidak ditapis sebelum ditayang.  Kemanakah orang yang alim, bijaksana yang bertugas sebagai penapisan filem?  Pak Haji-Pak Haji ni tidur ke atau makan gaji atau elaun buta.

picture11

picture61

picture101

  • Side effectnya apa sudah terjadi?
  • Orang beragama atau tidak, perangainya sama saja.
  • Sama-sama jahat, sama-sama membuat mungkar, sama-sama bergaduh, sama-sama berkrisis.
  • Sama-sama tidak ada kasih sayang, sama-sama tidak ada bertimbang rasa, sama-sama tidak peduli-mempeduli.
  • Sama-sama tidak sabar, sama-sama tidak pemurah, sama-sama tidak merendah diri.
  • Mengapakah perangai orang yang beragama dengan yang tidak ada agama sama?

Kerana mereka mengamalkan agama secara tradisi, agama sekadar satu warisan, tidak ada ilmu menyeluruh tentang agama, apalagi dihayati.  Yang diharap hanya pahala, pahala, pahala. Pengamalan Islam bukan ditunjangi oleh kerana takut atau cintakan Tuhan, maka sebab itulah ibadah mereka tidak melahirkan akhlak yang mulia.

Maka berkat Tuhan pun tidak turun lagi ke dunia ini.  Apabila berkat tidak ada, benda baik pun menjadi mudharat. Tuhan menimpakan bencana kepada sesiapa sahaja tidak kira orang baik atau orang jahat, berlaku secara umum di mana-mana.  Jika kepada orang jahat itu, sebagai hukuman, kepada orang baik pula sebagai penghapusan dosa atau meninggikan darjatnya.

Makanan yang baik-baik pun sudah hilang berkatnya, sedap dan lazat tetapi membawa penyakit. Penyakit barah yang menakutkan, kencing manis yang merbahaya.  Darah tinggi, sakit jantung menyusahkan manusia. Begitulah kalau Tuhan sudah murka kepada manusia, makanan yang halal pun menjadi musuh manusia.  Walaupun begitu manusia tidak insaf juga, maksiat dilakukan bertambah berganda-ganda.

Tanpa takut, tanpa bimbang tindakan Tuhan, ajaran Tuhan sekalian alam masih tidak dipedulikan. Tuhan tidak diperjuangkan bahkan dilupakan. Manusia sibuk dengan makan, sibuk dengan minum dan dan sibuk dengan pakaian.

Sibuk dengan maksiat dan hiburan, sibuk dengan pembangunan dan kemajuan. Tuhan hanya sebagai slogan. Tuhan bukan matlamat hidup, kalimah Tuhan hanya sampingan. Maka, tidak hairanlah Tuhan bertindak. Dia mengarahkan makanan menjadi musuh insan hingga setiap hari manusia menderita disebabkan oleh makanan.

  • Tidak nampak lagi oleh manusia akan kekuasaan Tuhan…..
  • Bilakah manusia mahu sedar dan insaf kembali ke pangkal jalan??
  • Hari ini orang menyebut Allah SWT bukan dari jiwanya.
  • Ia disebut hanya sebagai budaya.
  • Tuhan disebut sekadar untuk menyedapkan bahasa atau kata-katanya…

Kesempulannya, umat Islam haruslah sedar mulai dari saat ini.  Takuti dengan azab yang akan menimpa seseorang umat Islam bahawa kita hidup di dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja sebelum kita di kembalikan kepada yang berhak keatas diri manusia di dunia ini.  Dunia yang berterusan ialah dunia Allah SWT ia itu akhirat kelak.

Harus diingatkan bahawa Allah SWT mengetahui apa yang terlintas dan tersirat didalam hati umatNya.  Allah SWT mengetahui apa yang dilakukan oleh umatNya samada yang terang dan yang sulit.  Oleh itu hendaklah kita takut kepada Allah SWT (bertaqwa).  Jauhkanlah diri kita daripada yang mendatangkan jenayah dan maksiat.  Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah ‘al-Hashr: Ayat 7 yang bermaksud:

“Dan apa jua yang di LarangNya kamu melakukannya maka patuhilah larangNya”

Berdasarkan firman Allah SWT ini, umat Islam di wajibkan untuk mepelihara diri kita dari kemurkaan Allah SWT, ingatlah bahawa Allah SWT telah menghidupkan kita,   Allah SWT telah memberikan akal, Allah SWT telah memberi kita rezeki dan kepadaNya jualah kita akan dikembalikan.

Oleh itu, uruslah diri kita dengan sebaik-baik berasaskan aqidah dan syariah Allah SWT.  Kita harus takut kepada Allah SWT yang sebenar-benarnya pembalasan.  Berbuat baiklah kerana Allah SWt melihat apa juga yang kita lakukan, jika baik perbuatan kita maka baiklah balasannya, jika jahat maka jahatlah pula balasannya.

Sudah sampai masanya pihak kerajaan meneruskan agenda keagamaan terutama yang melibatkan Islam dilaksanakan dengan segera.  Sudah sampai masanya dengan menteri-menteri baru terutama yang bertanggungjawab mengtadbir isu-isu Agama Islam.  Ada dua pakar Agama yang terkenal sekarang di peringkat kabinet dalam hal ini.  Menterinya boleh dikatakan orang yang paling agung dalam soal keagamaan dan tidak kurang timbalannya saorang wanita yang tidak kurang ilmu agamanya.  Dua-dua terror dalam soal ini dan dengan itu jangan abaikan suruhan Allah SWT ke atas “AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR”.

picture15

KERAJAAN disaran untuk menyiarkan semua jenis hiburan yang dibenarkan oleh Islam, yang tidak keterlaluan mengikut ciri-ciri yang dibenarkan oleh syariat Islam, hukum hakam harus di titik berat.

picture12

picture131

Jangan tunggu hingga Allah SWT turun bencana yang paling dasyat ke dunia ini barulah sesuatu tindakkan diambil.  Marilah kita ambil iktibar yang telah berlaku selama ini seperti bangunan runtuh, tanah runtuh, sutnami dan lain-lain lagi sama ada disedari atau tidak.

highland_tower1

rumah_musnah_new

Azab Allah SWT itu mata keras.  Oleh itu jauhkanlah segala tegahanNya dan perbuatan yang menyebabkan Allah SWT murka.  Yakinlah bahawa taat kepada Allah SWT itu adalah satu kelazatan dan kesenangan.  Ketaatan itu tidak diberi atau diperolehi melainkan dengan melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan apa-apa yang ditegah.   Memang susah bagi kita untuk taat kepada Allah SWT dan RasulNya pada tahap permulaan agak susah dan berat. Tetapi jika diklatihkan berterusan, diasukan setiap masa dengan kesabaran, insya’Allah ianya akan menjadi senang dan akan menimbulkan satu kelazatan hidup yang tidak ada bandingannya

~ oleh Lokman Hashim, Editor - MutiaraIslam Online di Mei 6, 2009.