Cikgu Blogging About Education In Malaysia

Guru Malaysia blog tentang murid dan guru di sekolah.

Guru Naik Pangkat

Guru Malaysia Naik Pangkat

Kerajaan Malaysia telah meluluskan kenaikan pangkat seramai 2,787 pegawai yang berkhidmat di Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan pensyarah yang bertugas di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) serta Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC) baru-baru ini.

Menteri Pelajaran (KPM), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 793 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG41 akan dinaikkan pangkat ke gred DG44 dan seramai 1,540 orang PPPS gred DG44 akan dinaikkan pangkat ke gred DG48. Seramai 449 orang PPPS gred DG48 akan dinaikkan pangkat ke gred DG52 dan seramai lima orang PPPS gred DG52 pula dilantik ke gred DG54.

”Senarai nama dan pensyarah yang terlibat telah pun diperakukan oleh BPG untuk ke peringkat tapisan keutuhan dan surat pelantikan akan dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM) dalam masa terdekat”

”Mereka yang terlibat dalam proses kenaikan pangkat ini akan menerima kenaikan tangga gaji dan elaun,”

Cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran itu diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 25 Ogos lalu.

Hishammuddin berkata, BPG sedang memproses senarai cadangan lain untuk proses kenaikan pangkat fasa kedua.

Menurutnya, kelulusan itu merupakan satu berita baik dan amat dinanti-nantikan oleh warga pendidik khususnya di IPG dan ia merupakan perkembangan penting dalam sejarah perkhidmatan perguruan.

Tahniah kepada guru-guru yang telah memberikan perkhidmatan mereka yang cemerlang selama ini.

Laporan daripada Utusan Malaysia

Leave a comment

Information

This entry was posted on October 24, 2008 by in Berita, Guru and tagged .